Tips Menjawab Soalan..
Jawab dgn konfiden walaupun tak pasti jawapan itu betul atau salah (Panel tak nak tgk jawapan betul atau salah..Tapi nak tgk tahap keyakinan)..Tapi jgn laa jawab merapu sgt..Tapi kalau tatau sgt2..Jawab.. “Maaf Tuan, saya mungkin terlepas pandang atau dengar Tuan. Saya tak berapa pasti Tuan. Walaubagaimanapun, selepas temuduga nie, saya akan mendapatkan jawapan bagi soalan yang dikemukakan untuk menjadi seorang Pegawai Kerajaan yang berinfomatif”…
Jawab dgn lancar..Susun bahasa elok2..Jgn tunjuk gabra n ada butterfly in the stomach..
Jgn cakap besar..Jawab dgn jujur n kena very HUMBLE..
Kalau kena PROVOKE lepas jawab soalan..Jgn buat muka tensen, gabra dan sebagainya..Yang penting jgn melawan..Korang perlu senyum aje…Yang penting..Korang kena stick wit korang punya jawapan tu dengan cara yang paling sopan…Bukan asyik nak mengikut kata ajer…
Cara nak Addres Penemuduga..
kalau kiter tahu org tu tan sri ker..dato' kerr...DR. kerr..atau sebagainya...lebih baik kiter address mereka ikut pangkat laa...biasanya mereka akan mengintroducekan diri mereka dahulu..(sbb ada gak panel yang sensitif tentang bab bab pangkat mereka nie....) TAk pun korang boleh laa tanyer dengan kerani kat luar masa pendaftaran tuh....Kalau korang tak tau gak tentang pangkat mereka...Better panggil diaorang TUAN..itu lebih selamat laa...tak laa korang tersasul kejap panggil tan sri..kejab dato'...nanti korang gak yang gelabah....
Tips berpakaian lelaki:
1. Kemeja putih lengan panjang.
2. Alternatif; kemeja berwarna lembut dan cerah lengan panjang. Contoh, kuning air, biru lembut, hijau air.
3. Ada blazer? Pakai.
4. Ada name tag? Pakai.
5. Kasut MESTI kilat dan BERTALI.
6. Rambut pendek dan kemas.
7. Shave janggut dan trim misai.
8. Stokin warna gelap dan satu warna sahaja.
9. Seluar slack standard gelap.., no khakis atau slack pesen pelik².
10. Pakai belt bersesuaian.
11. THIS IS IMPORTANT; pakai necktie korporat yang sesuai. Jangan buat lawak gaban pakai necktie Pooh ke, Daffy Duck ke, bentuk botol Coke ke.
Tips berpakaian wanita:
1. Jika bertudung, tampil elegan. Ikat Wardina ke ape ke takpe janji elegan.
2) Jika rambut panjang, ikat dan sanggul. Lagi bagus jika sarung dengan net warna gelap.
3) Jika rambut pendek, sikat kemas.
4) Pakailah baju kurung sebab itu baju diiktiraf baju kebangsaan. BAJU KURUNG, bukan baju kurung kedah, kebarung, kebaya, kebaya nyonya atau kebewok
5) Jika mahu pakai blouse dan skirt, pastikan blouse tersebut bersaiz sesuai (tidak ketat sehingga interviewer tak senang duduk) dan skirt paling singkat pun bawah paras lutut.
6) Tas tangan yang simple dan tidak flashy, funky atau serabai.
7) Kasut tumit tinggi tak digalakkan. Pakai court shoe je.
8) NO SLIPPERS! kasut harus menutup tumit.
9) Makeup simple, jangan macam nak pegi photoshoot atau opera.
10) Tak perlu bercakap British accent (biasa terjadi pada ladies).
Soalan2 yang FEMES ditanya semasa temuduga dijalankan..Harap2 dapat membantu bakal2 PTD untuk melalui TEMUDUGA dengan jayanya..
1. Sila perkenalkan diri anda..
2. Kenapa nak jadi PTD???
3. Apa beza PTD dgn PTN (Peg.Tadbir Negeri)
4. Apa beza Ambassador dgn High Commissioner
5. Apa beza HRM (Management) dgn HRD (Department)
6. Apa beza Management dgn Administration
7. Kalau dapat PTD..Kamu nak kejer KEMENTERIAN maner??..Kenapa???Apa tugas utama kementerian terbabit??..Saper nama KSU Kementerian terbabit…Bagi nama satu agensi dibawah kementerian terbabit…
8. Apa 8 Bidang Tugas PTD..
9. Siapa KSN dan KPPA..
10. Nama2 Menteri..
11. Apa beza ISA dan OSA..
12. Dasar kerajaan…MISI NASIONAL, DEB dan sebagainya..
13. Pertubuhan antarabangsa..NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan sebagainya..
14. Rancangan Malaysia yang terkini..(Contoh RMK8,RMK9)..
15. Soalan berkaitan INTEGRITI, PIN, RASUAH dan sebagainya..
16. RUKUN NEGARA…
17. Sejarah asal usul PTD…
18. Apa beza DUN dan PARLIMEN…Boleh disusuli ngan soalan berkaitan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan Rakyat..Dewan Negara..Senator..Speaker..
19. Delivery System..
20. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN..
21. Apa beza SULTAN dgn AGONG??...
22. Apa beza PKPA dgn PERINTAH AM ???
*Soalan kemungkinan akan ditanya berdasarkan jawapan yang dikemukakan…So kena laa stanby ngan jawapan2 yang munasabah..
Apa2 pun..Selalu laa membaca BUKU Malaysia Kita, Buku Kenegaraan, Baca Paper (Cari Isu-isu semasa)
