Saturday, April 12, 2008

DPA 1/2008

18 February 2008

Hari nie hari pertama aku mendaftar kat INTAN Bukit Kiara bagi menjalani Kursus Diploma Pengurusan Awam…semalam aku check in kat Lotus Hotel..Pagi2 lagi aku dan Rosli bertolak ke Bukit Kiara…Tapi nak dijadikan cerita…Aku dan Rosli tersesat..Aku apa lagi..Biasa laa..Panik semacam jer..Akekekke..Tapi mujur laa..Akhirnya dari kul 6.30 pagi aku kuar dari Hotel..Pukul 8.30 baru laa sampai kat Kiara…Org lain kalau pergi dari KL..Dalam 15 minit..Tapi aku dan Rosli gi..dekat2 2 jam…akekekekke…

Lepas pendaftaran…Bermula laa Minggu Modul Group Integration..Selepas dapat Baju n Seluar DPA yang disediakan oleh penganjur, aku terus ke bilik penempatan..Aku dapat bilik 238..Tapi bilik aku tu tengah repair..So aku kena laa duk kat Rumah Tamu 3 sebagai penginapan sementara...Kena share 15 orang satu rumah..Aku sebilik ngan Rizal Giant n Azhan Jendol….

Then lepas kul 11 pagi..Ada sedikit taklimat di dewan serbaguna Intan Kiara..Kena laa juga wat “tepuk lalat”…Pergh..Penat giler…akeekke..Maklum laa..Dah lama tak buat tepuk lalat nie..Last aku buat masa kat PTD Unggul dulu....Tapi nasib baik sebelum dating DPA nie aku selalu bersukan..Kalau tak maunya aku pitam…

Lepas lunch, aku n semua PTD-PTD yang ada nie ke Taman Cahaya, Bukit Cherakah, Selangor untuk sesi Group Integration ..Gi ngan bas laa..Emm..So, sampai jer sana, kami diberikan sedikit taklimat..biasa laa..orang baru sampai laa katakan…Pastu penganjur bagi laa khemah..Kena pasang sendiri…Satu khemah 4 orang..Tapi..Emm..Biasa laa..bukan susah sangat pasang khemah nie…Aku masa sekolah2 dulu pun dah biasa..Pengakap laa katakan…Then aku dapat group 10..Seronok giler geng2 group aku..Maklum laa..Satu kepala semua…Petang nie kiterorang satu kumpulan kena masak sendiri…Masak sardine..Telur dadar hancur, sayur kobis dan ulam2…Tapi makan ramai2 nie…Kena lak masak sendiri..Pergh..Sungguh menyelerakan…Walaupun masak pakai main hentam jerr…Malam lak…Ada buat night walked..Emm..Tapi takder laa takut sangat..Biasa laa..Jalan ramai2 kat dalam hutan…Hantu tgk pun dah lari…akekekekke…Perjalanan nie bermula dalam kul 11.00 mlm..Kiteorang sampai kat tapak khemah dalam kul 2.00 pagi…Pastuh…Aku pun tido laa…Tido dalam khemah walaupun tak selesa..Tapi lena gak…Lena sebab penat laaa…

19 February 2008

Ari nie ada jungle trekking n explore race...Best..aktiviti mula2 kena tangkap ikan keli..Emm..Abih semua ptd2 masuk dalam lumpur..Ada yang menjerit pasal geli laa, takut laa…Aku menjerit jugak..Tapi menjerit sebab seronok..Dah lama tak main lumpur…Aku dapat gak sekor ikan keli…Lepas tu..Macam2 lagi laa aktiviti..kena redah lumpur..Kena masuk parit..Kena anyam ketupat laa..Kena perah santan laa..Kena kopek kelapa laa..Kena anyam daun aper entah untuk dijadikan dinding rumah orang asli kot..akekeke… Kena seberang tasik sambil berpaut pada tali..kena buat rakit..Rakit aku pecah daa…Panik gak sekejab..Tapi..Sebab ahli group bersatu…Biasa laa..Maka..Rakit pun bercantum semula..Setelah berexplore race..Group aku dapat number last..akekeke..Pasal baju toksah cakap laa..Kalah bau kambing…Baru nak kering…Basah balik..Baru nak kering..Basah balik…Al-maklum laa..Kena masuk 3-4 kali dalam air busuk…huhuhuhu….Kiterorang bukan berlumba..tapi jalan-jalan sambil bersantai akekekeke..Layaaannnn.. Malam lak penganjur wat malam persembahan…Aku biasa laa..Mesti amik bahagian punyerr....akekekkee...

20 February 2008

Ari nie pagi lepas breakfast..Kiter orang kena bersihkan sekitar kawasan nie..Lepas tu lipat khemah..Dan balik ke Intan Kiara...Lebih kurang kul 2 petang dah sampai kat Intan Kiara..Lepas tu aku amik peluang basuh baju dan buat pentadbiran diri…Arghhh..Penat gak laa DPA nie….

21 February 2008

Ari nie masih lagi dalam Modul Group Integration…Biasa laa..Pagi2 kena jogging…Kena squad jump, pumping, tepuk lalat..Emm..Penat tu memang penat laa..Tapi aku kena tingkatkan stamina untuk menjalani semua Modul DPA nie dengan cemerlang dan jayanya..Lepas tu ada ceramah dan taklimat..Biasa laa…Kat DPA nie kalau tak kena marah dan kena bebel..Memang tak sah…Hehehehe…Sebelah petang lak ada sesi pusing2 kat Intan Kiara nie..Maklum la..Untuk menyesuaikan diri dan kenal dengan semua tempat seperti Dewan Banquet, Auditorium, Bangunan Pentadbiran, Bangunan Eksekutif dan sebagainya…Sebelah malam lak ada ceramah…Badan dah penat dan letih..Tapi aku kena kuatkan semangat juang aku…Lagipun bukan senang nak jadi PTD nie..Mungkin apa yang aku kena buat skang nie ada hikmahnya…Aku kena positif….Ari nie gak ada pembahagian Sidang..Semua ada 6 sidang iaitu Sidang A,B,C,D,E dan F…Aku dapat Sidang F…Ok laa kat sidang aku nie..Ramai member2 yang best2…

22 February 2008

Ari nie pagi macam biasa laa..Kena jogging dan buat semua senaman rutin..Lepas tu ada laa sesi ceramah dan taklimat...Huishhh..Masa untuk tamat Kursus DPA nie jauh lagi..Nie baru peringkat permulaan…Arghh..Aku kena kuat…Masa untuk tido tu jangan cakap laa..Memang tak sama dengan kehidupan biasa..Malam tido lewat….Bangun kena seawal pagi…Huuhuhuhu..Masa nak rehat n rilek memang terhad…Begini rupanya DPA nie..Ketahanan mental dan fizikal amat penting…Penting untuk diri aku nie…DPA nie ibarat larian marathon…Aku kena kuat untuk menghadapi semua ini..Yehh..AKU BOLEH!!!!!

23 February 2008

Ari nie aku kena wat persembahan untuk kawan2 dari Sidang A,B dan C yang ke Gunung Angsi..Aku cam biasa laa...Berlakon..Aku berlakon jadi bendahuruhara..Citer Puteri Gunung Pandan..Dari pagi sampai petang kena training untuk persembahan tu...Malam lak aku wat persembahan..Emm..Biasa laa..Ramai orang gelak dengan lakonan aku..Emm..Aku dah bajet dahh…akekekke..Maklum laa..Kena jadi Bendahurahara yang pekak dan sengau…Berlakon2 nie memang dah jadi hobi aku…
24 February 2008

Naik Gunung Angsi, Jempol Negeri Sembilan..Emm..Best gak..Penat tu..Emm..Boleh tahan laa...Tapi biasa laa..Pegi ngan bas..Laju giler driver bas tu bawak..On the way pegi tu..Aku ok jer...Tapi lepas balik..Aku tido je dalam bas..Malam lak tgk member2 lain wat persembahan...Persembahan tu ok laa..Terhibur gak la aku yang sedang dalam kepenatan nie…

25-28 February 2008

Minggu nie adalah Minggu Modul Kecergasan Diri…Emm..Skang nie macam biasa laa..Lagipun aku dah macam lali menjalani semua nie…Pagi kena senamrobik dulu..Lepas tu terkejar2 untuk gi breakfast…punch card..then masuk kelas..Dengar ceramah laa…Lepas tu 2.30 pun sambung ceramah lagi..Abih je kelas kena berlari lagi kat blok E untuk punch card..Then balik kat bilik..Tukar baju..Petang sambung lagi senamrobik..Malam cam biasa gak..Kalau ari khamis ada ceramah kerohanian…Lepas tu balik laa..Kena tido..Kalau ari2 cenggini..Nanti buleh laa aku masuk sukan olimpik..Lagipun stamina aku kian ok…Harap2 tercapai laa cita2 aku untuk turunkan berat badan…

Cuma malam 26 February 2008 ada perasmian Kursus DPA Bil 1/2008 nie oleh KPPA..Emm..Tapi yang tak best..Kena wat assignment intipati kandungan Ucapan oleh KPPA tu..Kena buat 5 pages..Emm..Aku biasa laa..Kena wat awal2..Baru tak kelam kabut…


29 February 2008

Ari nie pagi cam biasa laa…Ada senamrobik..Ceramah..Cuma sebelah petang kul 2.30 kena buat ujian kecergasan jasmani kebangsaan…Emm..Aku ok jer..Stamina kuat laa katakan…Tak sia-sia aku aku training sebelum datang DPA nie..Lepas tu kena wat latihan larian 2.4 km..Aku boleh gak laa lari..Walaupun dekat 20 minit..Takper..Esok time betul2..aku lari sungguh2..

Petang nie aku call bini aku..Emm..Terharu sungguh biler aku dapat tau Oya dah dapat cakap perkataan2 baru..Sayang..Umah..Main…I Love U…Huhuhuhu..Mengalir air mata aku…Aku rindu sangat anak kesayangan aku tuu…Huhuhuhu….Tak sabar aku nak balik 7 hb nie..Nak jumper mama n Oya…Miss u s much….

1 Mac 2008

Ari nie besday aku..Sebelum larian..semua member2 pakat nyanyi lagu besday untuk aku…Hehehehehe..Aku jadi besday boy.Tapi hampeh..Takder satu hadiah pun aku dapat…Huhuhuhuhu…Lepas aku antar assignment kena lak wat Ujian larian 2.4 km.. aku boleh wat dalam masa bawah 15 minit…Emm…Kira ok laa untuk aku yang dah 32 tahun nie…Kira pencapaian aku memuaskan gak laaa…Aku rasa boleh wat masa bagus lagi kalau ari tak hujan..Maklum laa..lari dalam hujan…Dah laa jalan licin…Baju, seluar n kasut abih basah…Lepas lari ada wap kuat dari baju aku…Terkejut gak aku tgk badan aku berasap2..Tapi tu sebenarnya badan aku yang keluarkan haba…biler badan basah..Tu yang keluar wap tu…Emm..ari nie aku baru tau..Akekekkeke..Lepas tu kena ukur baju Mess Kit..Pergh..Mahal giler..RM1500…Abih kopak aku..Nasib leh bayar ansuran…Petang nie takder aper2 aktiviti…Nak balik umah jauh..Huhuhu…Takper..Aku rest ari nie cukup2.Esok nak gi Modul Polis kat Cheras…

2 Mac 2008

Ari nie kul 8.30 pagi pegi ke Maktab Latihan PDRM Cheras..Naik bas...Sampai je kat maktab nie, kami disambut oleh Tuan Ooi..Lepas tu kiterorang kena gi amik Uniform Polis 3 Pasang..2 pasang yang kaler biru dan sepasang lagi yang kaler hijau..Lepas tu amik kasut anti spike n kasut spike (untuk kawad)..amik angklet..Baret, lampu suluh…Malam lak ada taklimat mengenai PDRM…

3 Mac 2008

Pagi ada ceramah sampai tgahari..Emm..Semua pasal PDRM laa..ada yang ok..Ada yang tak ok..Kalau yang tak berapa ok tu laa aku ngantuk bagai nak rak…Petang lak kiterorang kena belajar kawad dengan betul..Bagi aku takder laa masalah sgt sbb masa sekolah rendah dulu aku dah biasa kawad..Sbb aku masuk pengakap…Lepas tu kena plak belajar menembak..Nie yang aku teruja sgt…First time dapat pegang Pistol Vektor…Sebelum nie asyik pegang pistol mainan jer…Malam lak biasa laa..sambung ceramah…

4 Mac 2008

Pagi nie biasa laa..kena kawad lagi..emm..Tapi seronok sbb jurulatih kiterorang En.Aziz baik orangnya...Lepas tu ada sesi ceramah pelbagai tajuk berkaitan PDRM sampai petang..Malam lak kietrorang ke Cawangan Trafik Kuala Lumpur..Ada sedikit taklimat n dalam kul 11 mlm, platun aku ke jalan Sultan Ismail untuk wat roadblock..Emm..Ramai gak la yang kena saman...Cuma turn aku je takder orang kena saman..Semua aku lepaskan..Bukan apa..Aku tak sampai ati nak saman..Bukan senang nak carik duit untuk bayar saman...Lepas tu balik ke Maktab PDRM Cheras dalam kul 1.30 pagi...Huhuhuhu..Ngantuk..Esok pagi2 nak kena bangun dah...

5 Mac 2008

Hari nie kiterorang ke Unit K9..Iaitu Unit Anjing PDRM.Ada skit pertunjukkan pasal anjing carik dadah, cari Bom.Cari CD…Menarik gak…Lepas tu melawat kandang2 anjing..Emm..Semua anjing ganas2 n besar2..Takut aku…

6 Mac 2008

Ari nie ada kelas macam biasa..Petang lak aku boleh menembak guna pistol betul2 walaupun tak diisi peluru…Berat gak pistol nie..Apa pun aku kena bersedia untuk ujian menembak dan aku akan cuba buat yang terbaik…

7 Mac 2008

Pagi macam biasa laa…Kena buat latihan dan senaman..Lepas tu ada ceramah lagi..Husihh..Boringnya…Then kul 12.00 tghari kiterorang bertolak balik ke Intan Kiara..Kami diberikan perlepasan untuk balik ke Umah masing2 untuk tujuan Pilihanraya Umum…Aku, Kamal n Fakrie bertolak balik dalam kul 6 petang ke Kuala Terengganu…Aku sampai umah dalam kul 1 pagi..Aku gembira sgt…Tapi masa tu anak kesayangan aku dah tido….Aku cium oya byk kali untuk lepaskan rindu aku pada anak kesayangan aku tu..Aku gembira sgt sbb dapat jumper bini, anak n keluarga aku…

8 Mac 2008

Ari nie ari mengundi..Aku bawak bini n oya untuk ke tempat mengundi..Lepas tu singah kat umah Woh, Umie..Then aku pegi Pasaraya Giant..Bawak oya gi makan nasi ayam feveret dia…Dari pagi hingga ke malam aku bersama bini n oya…Iskk..Esok dah nak kena balik ke Intan Kiara…Huhuhuhu…

9 Mac 2008

Ari nie sedih laa..Aku kena balik ke Intan Kiara..Aku kuar umah dalam kul 6.30 pagi..Oya tengah tido lg..Aku cium dia byk kali…Menitis gak laa airmata aku untuk meninggalkan anak kesayangan aku tu..Sedih tak usah nak cakap laa..Lepas tu aku anto bini aku ke tempat kejer..Balik kat umah sewa..Mandi n terus amik kamal n Fakrie..Dan bertolak laa aku ke Intan kiara dengan hati yang tak berapa ceria…Kiterorang sampai KL dalam kul 6 petang…Lepas tu gi minum gak kat Hartamas..Kul 8 mlm aku n geng bertolak dari Intan Kiara ke Maktab PDRM Cheras….

10 Mac 2008

Kul 8.30 mlm Sidang F bertolak ke Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) di Ulu Kinta dengan menaiki Trak Polis..Sakit belakang tak usah cakap laa..Tapi seronok..Setelah 3 jam perjalanan..Sampai laa kat PLPGA nie..Ingatkan disambut ngan meriah tetapi sampai2 jer..kiter kena beratur kat tgh2 panas…Huhuhuhu…Masak kulit aku nie…Lepas taklimat kat tengah panas tu dalam setengah jam..Kiterorg disuruh amik baju Polis Kaler Hijau 2 pasang..Kasut anti Spike..Lepas tu dalam kul 2.30 petang …Kiterorang disuruh berlari..buat senamrobik..Emm..Nasib baik fitness aku ok…Bayangkan laa kena jogging masa panas gitu ngan pakai kasut Boot Anti Spike…Huhuhu…Ada gak laa 2-3 orang budak tumbang..Tapi aku ok jer…Rileks..Nasib baik laa aku dah biasa berpanas sebelum nie…Tapi sumpah seranah dala hati tu biasa laa..Tetap ada..akekekkekekke….Malam lak ada ceramah…Badan dah penat..stamina dah menurun…Aku masa ceramah rasa macam nak tido jer…
Kiterorg kena tido dalam DORM..Satu DORM muat laa 26 orang budak2 sidang aku…Best giler..Dorm yang tak penah berhenti dari gurauan dan gelak tawa…Senorok..Teringat laa zaman budak2 dulu…

11 Mac 2008

Ari nie pelajaran paling best Kombat Tanpa Senjata..Emm..Skali lagi ingatkan aku zaman budak2 dulu..Yer laa..Dulu aku aktif ngan Tae Kwon Do…Kira lebih kurang macam ada persamaan laa..Lepas tu belajar guna Kompas dan Peta..Ingatkan susah guna kompas nie..Padahal senang jer kalau tau caranya..Petang dalam kul 2.30 ptg..Aku belajar Kawad Public Order Riot Unit (PORU)..kira macam FRU laa..Siap ada demonstrasi lagi…Kira platun aku ditugaskan untuk menyuraikan penunjuk perasaan..Penat giler pegang perisai tu..Emm..Rupanya teruk jugak kejer jadi FRU nie..Orang ramai sedap2 mulut je kutuk FRU..Rupanya tugas mereka ini penuh dengan dugaan..Patutnya latihan mereka nie penuh ranjau dan seksa..Rupanya untuk kekuatan Menta dan Fizikal..Lepas ne aku janji takkan kutuk lagi FRU…Malam tu plak kena buat praktikal guna kompas dalam gelap..Emm..Kumpulan aku tersesat sbb salah teknikal..Tapi biasa laa Hero…Last skali jumpa gak jalan keluar…Hehehehhe…

12 Mac 2008

Pergh..Ari nie dapat pengalaman senaman balak..Berat giler balak tu..Tapi sebenarnya senaman balak nie memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan..Kira berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing…Lepas senaman balak kami diberi penerangan tentang BOM…Pergh.. Diorang pasang Bom betul2..Kuat giler bunyinya..Macam nak pecah telinga aku..Ada laa dekat 10 biji pelbagai jenis bom dipasang..Lepas tu kami diberi taklimat mengenai Ikhtiar Hidup..Macam mana nak nyalakan api..Kalau tesesat dalam hutan..macam mana nak carik makanan..Lepas tu kiterorang dijamu makanan cara askar masak..Best laa jugak...Dan yang paling best..INOKLASI..Emm..nie adalah latihan bagaimana nak menghadapi situasi peperangan yang sebenar..Emm..Masa nie memang banyak pengajaran aku dapat..Macamana nak selamatkan ahli pasukan..Sepanjang perjalanan lebih kurang 200 meter, aku kena merangkak..Pelbagai jenis kena buat..Merangkak Bayi, Merangkak Monyet..Biawak...Bunyi tembakan Senapang HK11 benar2 memeritkan telinga aku..Sampai 2 hari telinga aku masih berdesing...Macam2 perasaan ketika itu..Takut ada..Seronok ada...Tapi at least aku dapat merasai bagaimana situasi askar atau polis semasa peperangan...Biler2 masa ajal akan menjelma ataupun badan akan disinggahi peluru...Ternyata mereka semua mempunyai semangat keberanian yang tingga dan mereka lah perwira yang sebenar.....Sebelah malamnya pulak ada makan2..Kira buat ala2 BBQ laaa...

13 Mac 2008

Ari nie pagi2 jam 8.30 pagi kiterorang bertolak balik ke Maktab PDRM Cheras dengan menaiki Trak Polis..Sedih jugak rasa...Walaupun kulit aku dah hitam semacam..Tapi nak dapatkan pengalaman sebegini memang susah..Aku rasa aku takkan dapat merasainya lagi didunia PTD....Sampai2 jer kat Maktab..rilek kejab lepas tu kena turun kat padang kawad..Ari nie ada Ujian Kawad..Aku boleh laa walaupun agak panik skit...Malam lak aku dapat Baju Mongrel Dress (Mess Kit)...Lepas tu ada latihan Untuk Upacara Mess Night....

14 Mac 2008

Ari nie pepagi lagi kena pegi ke tempat Lapang Sasar untuk ujian Menembak..Emm...Aku memang teruja dengan ujian nie..Masa tembak sebelah tangan..Semua target aku masuk sasaran..Tapi lepas guna dua belah tangan..Aku tak tau naper..tersasar..Huhuhuh..Tu laa..Semalam aku, azam n john tido kul 3...Biler mata dah blur..Itu laa jadinya...Tapi result menembak aku ok laa..dapat 76 point..Ok laa tu untuk first timer macam aku nie menembak...Lepas abih ujian menembak...ada lak ujian bertulis.Emm..Boleh laa buat..Soalan Objektif...hehehhee...Malam lak ada Majlis Mess Night..Nie laa pengalaman pertama aku makan dengan penuh berprotokol...Iskh..Susah jugak kalau nak bersantap ngan raja yer..Emm..Tapi makanan tu takder laa sedap sgt..Tapi bagi aku..aku tak minat sgt makan dengan cara berprotokol begini..Sbb aku jenis yang sempoi..Lebih best kalau makan kat warung..Boleh sembang2..Nie tak..Semua tertib kena jaga...Emm..Tatau laa saper yang mencipta budaya santapan sebegini..Tapi aper leh buat..Nak jadi PTD kena laa lalui pengalaman sebegini..Kalau tak nanti haru kang....Lepas santapan biasa laa..Ada persembahan..Ada nyanyian..Sajak..Emm..Tapi yang seronok boleh menari Poco2 beramai2..Best....

15 Mac 2008

Pepagi nie dalam kul 9.00 kami pun bertolak balik ke Intan Kiara...emm..Segala kenangan manis melalui Modul Polis nie takkan aku luperkan..Walaupun kulit dah hangus dan masak..Tapi sekurang2nya aku mendapat ilmu Kepolisan...Pengalaman sebegini tak mungkin aku kecapi lagi pada masa hadapan....Sungguh indah untuk dijadikan kenangan dan takkan aku lupakan pengalaman ini...
Petang semua orang dah takder..Orang lain semua dah balik umah atau destinasi masing2..Aku je yang masih setia kat Rumah Tamu 3 nie..Boring tak usah nak cakap laa...Dah laa tak der kedai makan kat cnie..Nasib baik rizal ada..At least ada gak teman...Masa gini laa hati aku menangis..Aku ingat kat bini n anak kesayangan aku....Kalau laa aku dikurniakan sayap..tentunya aku akan terbang ke sana untuk bertemu mereka...huhuhuhuhuu.......Azab dan pedih sungguh...Tapi tak apa..Ini pengorbanan aku demi keluarga tercinta...

16 Mac 2008

Ari nie pun aku takder buat aper2....Aku kuar gi KL jab ngan rizal..Lepas tu balik kat Intan Kiara...Setiap detik yang berlalu terlalu panjang aku rasakan...huhuuhhuu..Anak aku tu pun semakin ari dah semakin pandai..Aku rasa rugi sgt tak dapat tgk dan dukung dia...Bini aku cakap oya semakin nakal dan byk cakap..Emm..Tu mesti ikut perangai aku yang peramah tuu....Akekkekeke.Anak papa laa katakan...

17 Mac 2008

Ari nie pagi macam biasa..Ada kelas..Bermula la Modul Perlembagaan, Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa...Emm..Tapi ok laa..Modul nie takder exam..Yang ada hanya tugasan jer...Sebelah malam lak ada kelas kerohanian.Emm..Ok gak...Ada gak pelajaran yang aku dapat...Belajar sembahyang Jamak dan Qasar...

18 Mac 2008

Ari nie pun kelas macam biasa jer..Ngantuk tu memang ngantuk..Tapi aku kena beri perhatian penuh pada kelas nie...Kalau tak, rugi laa datang DPA nie semata2 untuk tidur jer..Lagipun kalau dengan tido jer..Aku takkan dapat apa2 pelajaran dan maklumat. Sebelah malam lak ada persembahan dari Sidang D..Siap jemput Zubir Ali dan Hail Amir lagi..Perghh..Gempak giler...

19 Mac 2008

Pagi biasa laa..Ada kelas untuk Modul Perlembagaan, Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa...Tapi sebelah petang laa yang paling menarik..Ada kelas Vokal..Emm..Perghh..Susah jugak yer nak menyanyi dengan betul...Aku belajar teknik bubling, toungetring, teknik bernafas...Aku ingat senang nak nyanyi...Rupa2nya kepala boleh jadi pening untuk buat latihan tu semua....

20 Mac 2008

Ari nie cuti Maulidur Rasul...Aku tak buat aper2..Time cenggini laa hati aku teringat kat anak kesayangan aku..Hati aku meronta2 nak jumpa anak, bini dan keluarga aku...Arghhh....Biler laa boleh balik agaknya..Tapi hakikatnya aku kena banyak berkorban demi masa depan keluarga aku....Apa pun ari nie aku berjaya siapkan assingment yang kena hantar esok dengan bantuan member baik aku..Azam...TQ Azam...Nasib baik ko ada..Kalau tak..tak siap laa assingment aku...

21 Mac 2008
Ari nie kelas ada laa macam biasa..Emm...Mata ngantuk gak tapi aku dapat bertahan laa dengar ceramah..Lepas semayang Jumaat ada English Placement Test..Soalannya takder laa susah sangat...Soalan grammar....Tapi aku ada strategi sendiri..Heheheh...Strategi tu hanya aku sendiri yang tahu..Strategi nie aku dapat daripada senior2 yang lepas..Tetapi aku tatau laa strategi yang aku buat nie tepat atau tak...Tapi yang pentingnya strategi aku nie tak melibatkan meniru atau memplagiat..Sejauh maner kebenarannya tu aku tatau lagi..Hanya tunggu dan lihat...Sebelah petang pulak kena gi ke Masjid Putrajaya untuk Qiyamulail Perdana...Siap kena tido kat masjid lagi..Nie laa pengalaman pertama aku tido kat masjid...Tapi yang kelakarnya on the way pegi tu..Bas yang aku naik rosak..So tersadai laa kat tepi Highway...Kira sempat laa aku tido lagi dalam bas tu...

22 Mac 2008

Pagi nie kena bangun kul 3.30 pagi untuk Qiyamulail..Mulanya aku rasa macam tak best sgt...Tapi lepas sembahyang Tahajud..Lepas tu sembahyang Tasbih..Secara tiba2 aku rasa seronok sgt Qiyamulail nie...Kalau ada peluang..Aku nak buat lagi...Lepas tu kul 9.00 pagi kiterorang balik semula ke Intan Kiara...Emm...Ari nie jugak aku n geng terpaksa pindah ke bilik yang betul2..Aku dapat bilik 238...Roomate aku nama Kamarul...Selasa laa dapat bilik sendiri..Tak payah laa nak berebut2 untuk mandi ke..berak ker...Cuma duk sebilik 2 orang nie..Boring laa skit..Takder laa suasana kecoh macam kat Rumah Tamu 3 tu...Yang tinggal cuma kenangan yang best jerr....Tapi untuk pindah barang tu..Perghh..Penat giler..Sampai 3 round aku kena angkut barang aku....Lenguh badan aku..Tak sempat laa badan aku nak rehat..Esok lak nak kena pegi ke Ulu Tiram, Johor untuk Modul Tentera..Tatau laa nasib aku esok camner...Tapi aku harap semuanya berjalan lancar....

23 Mac 2008

Jam 8.30 pagi aku kena berkumpul di Auditorium untuk bertolak ke PULADA Ulu Tiram, Johor...Sampai kat sana pukul 12.30 tengahari...Lepas tu kami diberi makan tengahari..Best..Nasik minyak...Tapi..Aku makan sikit jer..Sebab aku dah tau aper yang bakal berlaku selanjutnya...Lepas diberi makan kami terus ke Padang Kawad untuk sesi taklimat..Biasa laa kalau ngan Modul Tentera nie..Kami kena marah marah...Kena kutuk...Tapi aku biasa jer..Hero laa katakan..Memang kat Modul Tentera nie mental n fizikal kena kuat...Lepas tu kami disuruh tukar pakaian sukan..Masa tu jugak kepala aku skali lagi ditarah dengan tukang gunting..Emm..Biasa laa..Guna Mesin tarah Nombor 1..Emm..Kira nyaris2 botak jugak laa kepala aku...Lepas tu kami kena beratur dan seksaan pun bermula...Kami disuruh buat tepuk lalat (PT10) sebanyak 100 kali dengan kiraan 3-1....Huhuhu..Macam nak cramp kaki aku...Lepas tu kami disuruh buat push up 100 kali...Aku rasa memang seksa..Macam nak KO jer rasa...Aku nyaris2 nak pitam...Da laa kena buat semua tu tengah panas..Badan aku dehydrate...Lepas tu kami disuruh berlari ke padang bola..Kat sini kami dipaksa buat Merangkak Biawak dengan jarak kira2 70 meter..Aku rasa tak larat sangat..Dah laa tekak dah kering dan haus giler..Lepas tu kami dipaksa sekali lagi buat Side Roll..Perghh...Kepala pusing2 dan aku hampir nak muntah..Ramai gak member2 aku tumbang dan muntah...Sebelah malam lak ok laa..Sempat laa aku rest sebab ada majlis Perasmian Modul Tentera nie kat dewan...Esok tatau lagi apa lak nasib kiterorang SIDANG F nie....

24 Mac 2008

Aku kena bangun seawal jam 5.30 pagi..Lepas tu kena gi ke Padang Kawad jam 6.00 pagi untuk buat Physical Training..Penat gak tapi ok laa..Sebab stamina aku ok dan badan aku dah boleh terima asakan fizikal untuk aktiviti lasak hasil dari latihan semasa Modul Polis dulu...Lepas tu kami diajar guna senjata M-16...Part nie laa paling best giler..Dah lama aku nak merasa pegang dan guna M-16 nie..Sejak dari sekolah lagi..Baru sekarang aku dapat merasa...Lepas tu kami diajar cara mencuci M-16 nie..Senang jer...Kejab je belajar aku dah terer buat..Biasa laa..Hero laa katakan..Kat sini aku gelarkan diri aku nie dengan nama LT Adnan...Aku bukanlah sekuat LT Adnan..Tapi aku nak ambil semangat dari LT Adnan untuk aku kuatkan semangat dan sebagai motivasi bagi menghadapi Modul Tentera yang mencabar nie..Geng2 pun panggil aku dengan nama LT Adnan...Lepas tu kami diberi peluang untuk tengok pertunjukkan Anjing Perang...Lepas tu kami ke Padang Kawad untuk berkawad cara tentera pulak..Panas tu memang laa panas tapi aku macam dah biasa..Sebab masa kawad masa Modul Polis tu lagi panas...Lepas tu kami diajar untuk Abselling..Tapi aku tak sempat untuk Abselling nie sebab hujan lebat...Cheh..Sia2 jer aku pakai peralatan untuk Abselling nie...Lepas tu sebab Abselling tak jadi buat..Kami disuruh berlari ke tempat latihan fzikal tentera...Seronok sebab kena jogging tengah2 hujan..Dah lama aku tak mandi hujan...Selebah malam ok laa..Sebab ada taklimat jer...Boleh rest skit untuk menempuh hari esok....

25 Mac 2008

Sebelah pagi ada Ceramah Ancaman Keselamatan Negara..Lepas tu ada lawatan ke Muzium PULADA...Lepas tu pergi ke Perkampungan Hutan untuk diajar Ikhtiar Hidup ala tentera..Kami dihidang makanan seperti Ayam Panggang..Kijang Panggang..Pelanduk Panggang...Tapi yang paling memualkan..Ada juga hidangan Beruk Panggang, Biawak Panggang...Ieyekkkk...Nak muntah aku tengok..Tapi ada gak kawan2 non muslim yang makan...Lepas tu sebelah petang kami ada Sesi Taktik Perang..Kami masuk hutan dan diberikan makanan tentera (Ression..betul ke tak entah ejaan aku nie...)...Lepas siap pasang khemah..aku pun masak laa makanan ala tentera tu..Emm..Best gak..Banyak aku makan walaupun nasik tak berapa masak..Akekekke...Lapar punya hal...Lepas tu ada sikit taklimat leh jurulatih untuk taktik berperang..Seronok dan enjoy sangat...Kami diberikan peluru untuk M-16..Tapi yang tak best tu peluru kapur...Hehehehe..Kalau peluru hidup best gak...Hehehehehhe....Sebelah malam kami diberi makan dengan Sup n Roti...Best..Dah lama aku tak makan roti cicah sup nie..Lepas tu biasa laa..Kena wat persembahan...Tapi yang paling kelakar kami disuruh buat Kura-Kura Gembira...Demo yang dibuat oleh Zamhari Tai (Kura-Kura) tu laa menyebabkan aku ketawa terbahak2.....Dalam kul 12 malam..Kami kena balik ke Khemah masing2 untuk Ambush....Pergh...Kena meniarap kat dalam hutan dalam hujan..Mata dah ngantuk tapi aku kena bertahan sehinga musuh tiba...Aku hampir terlelap...Yang paling aku bimbang masa nie kalau2 ada ular ke..Kala jengking tersesat ker...Tak ke naya..Lepas hampir 3 jam menunggu..Musuh pun tiba...Aku pun apa lagi..Terus tembak....Bunyi bising memecah kesunyian...Bang Bang Bang..Aku tembak..Tapi tempak pakai peluru kapur jer laa..Akekekkeke..Takpe laa...janji leh tembak..Nie jugak kali pertama aku dapat tembak guna M-16 yang ada peluru...Lepas Ambush ingatkan leh tido...Tapi kena pulak buat sesi perkenalkan diri pada jurulatih...So..semalaman laaa aku tak leh tido...Pukul 5 pagi baru balik...Balik aku terus mandi dan bersiap2 untuk aktiviti seterusnya.....

26 Mac 2008

Pagi nie ada ujian menembak..Dengan mata yang merah pasal tak cukup tido..Aku kena hadapi ujian menembak lak..Tapi nie yang paling best sebab kami diberi peluru hidup 20 biji untuk ujian menembak...Dengan mata yang letih..Badan tak cukup rehat dan letih...Tembakan aku tak berapa bagus...Daripada 20 peluru..yan kena target 6 jer..Tapi bagi aku tu dah cukup bagus dah...Sebab nie kali pertama aku guna M-16 untuk tembak sasaran....Sebelah petang lak..Ada demo tembakan dan pameran senjata tentera..Pergh..Best giler..Aku pun berpeluang guna dan tembak Kereta Kebal guna GPMG..Best tu tak leh cerita laa..Badan aku bergetar kerana kekuatan tembakan tu...Best dan seronok sangat....Lepas tu aku diberi peluang untuk buat tembakan guna senjata Mesin Gun...Yang nie pun best gak..Tapi tak laa sebest guna GPMG....Sebelah malam lak ada majlis Raptai untuk persembahan bagi makan malam...Aku masuk tarian...Nie kira kali pertama aku menari tarian tradisional nie.....Best....

27 Mac 2008

Hari nie ada aktiviti Panduarah di Gunung Panti...Emm..Nie kali kedua aku mendaki Gunung..Tapi gunung nie lebih mencabar...Gayat jugak aku...Masa nie nie aku sedar yang selama ini pihak tentera mendera supaya membuat latihan fizikal dan mental ada kebaikannya...Sememangnya kekuatan fizikal amat diperlukan untuk mendaki gunung nie dan mental yang kuat supaya apa yang kita rasa tak boleh buat tapi sebenarnya kita berkemampuan untuk membuatnya...Kesimpulan yang aku dapat buat adalah tiada sebarang masalah dan cabaran yang tak boleh diselesaikan dan dibuat...Masa nie jugak semangat berpasukan dapat dipupuk dan dipereratkan...

28 Mac 2008

Ari nie ada aktiviti Latihan Jalan Lasak sejauh 6 km...Bagi aku...nie laa latihan yang paling mencabar sepanjang Modul Tentera nie..Dah laa kena bawa pasir 5 kg dalam beg..Botol air yang penuh isi...dan bawak senjata M-16...Masa nie laa semangat berpasukan dan motivasi sangat penting...Masa nie badan aku penat dan letih sangat..Maklum laa..Dah laa aku kena bawak barang2 aku yang berat tu...dan aku terpaksa bawak barang kawan2 yang lain...Kalau tak bawak kang..Diorang akan rebah..Kalau diorang rebah..Platun aku pulak kalah...Iskk...Aku kena bawak 3 M-16..2 beg berisi pasir...Dan 2 botol air..Hasilnya aku hampir2 nak rebah...Aku dalam keadaan lemah terpaksa merayu kat Said supaya membantu aku...Keadaan fizikal aku pada masa nie memang lemah giler...Cuma mental aku je yang masih kuat dan kuatkan semangat untuk melepasi halangan dan cabaran nie....Akhirnya..Aku berjaya sampai ke destinasi...Masa nie aku berfikir..Bagaimana laa tentera mampu melakukan semua ini...Tapi mereka bawak barangan dalam beg lebih kurang 18-24 kg...Tu tak termasuk M-16..Peluru...Air dan sebagainya..Sedangkan Aku?????..Bawak yang sikit tu pun dah macam nak pengsan....Masa ini laa aku rasa betapa besarnya pergorbanan sebagai anggota tentera kepada Agama, Bangsa dan Negara.....Lepas tu kami disuruh mencuci senjata M-16..Emm..Senang jer..Kira untuk buka dan pasang balik M-16 nie kira aku dah expert dah laaa....Lepas tu letak minyak Singer kat M-16 tu...Supaya tak berkarat dan mampu menembak dengan lancar....Sebelah malam lak ada Majlis Jamuan Makan kat Hotel Sentosa JB...Emm..Makanan kat sini best jugak..banyak laa jugak aku makan..Lepas tu aku buat persembahan Tarian Tradisional lagu Cindai..Best...Nie laa kali pertama aku membuat persembahan tarian dikhalayak ramai...Emm..Best sangat...Rupanya menari nie satu perkara yang sangat best...Kalau aku berpeluang..Aku nak menari lagi....

29 Mac 2008

Pagi nie ada aktiviti Amali Pengurusan Masalah..Best...Walaupun nie acara fizikal..Hasil latihan lasak sebelum nie aku mampu melakukan dengan baik dan hasil kerjasama berpasukan dan taktik yang berkesan.. Platun 3 (Platun Gagak)..iaitu Platun aku menjuarai acara ini tanpa saingan yang sengit...Platun aku meninggalkan Platun Helang dan Platun Rajawali kira 15 minit...Selesai acara tersebut..Ada upacara penutup dan penyampaian sijil...Dan Platun aku menjadi juara antara Platun..Maklum laa..Platun aku kan ada LT Adnan..Akekekekkeke....Biasa laa...Hero laa katakan...Habis jer penyampaian sijil...Kami diberi jamuan ringan...Lepas tu..Time nie laa paling best..Masa untuk membalas dendam...Kami diberi peluang untuk menangkap mana2 jurulatih untuk dicampak kedalam sungai...Kami pun terus mengepung Kapten Hakimi dan Encik Hashim...Lepas tu kami campakkan mereka ke dalam sungai...Hahahahha..Puashati kami semua....Tapi yang seronok nya..Kami semua terjun jugak ke dalam sungai tu...Habis basah kuyup...Selesai semua tu..Aku bersiap2 untuk kemaskan pakaian, bersihkan tempat penginapan dan memulangkan semua barangan yang dipinjamkan oleh pihak tentera....Masa nie laa tetiba jer aku rasa sedih..Sedih untuk meninggalkan PULADA..Tapi itulah hakikatnya...Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...Cuma yang pasti aku takkan lupakan memori indah di PULADA ini....Lepas makan tengahari..Kami terus bertolak ke INTAN Kiara.....Pukul 8 malam baru sampai...Lepas basuh baju..Aku terus tertidur...

30 Mac 2008

Ari nie cuti..Aku tatau nak buat aper..Nasib baik laa Rizal tinggalkan motor untuk aku..Kalau tak alamatnya..Kebulur laa aku...Member lain semua balik umh masing2...Cheh....so aku pergi umah Achik Yam kat Cheras..Dapat laa aku makan tengahari kat umah Achik..Emm..Best..Makan nasik lauk ikan rebus dengan budu..Perghh...Banyak gak laa aku makan...Lepas tu aku balik ke INTAN untuk siapkan penulisan aku nie laaa...akekekekekek....Masa kesunyian nie laa rindu pada anak kesayangan, isteri dan keluarga menjelma...Uwaaaaaa...Aku nak balik Terengganu.....Oya...Mama...Papa rindu pada keluarga kiter.....Uwaaaaaaa...... Uwaaaaa.....Uwaaaaaa.... Minggu depan kalau takde aral melintang....Papa pasti akan balik.......

31 Mac 2008

Ari nie takder aper yang menarik..Cuma ada kelas je laa dari pagi sampai petang...Kul 5.30 ada Physical Training...Emmm...Badan aku rasa macam tak larat semacam jerrr...

1 April 2008

Ari pun macam semalam gak..Dari pagi sampai petang ada kelas jerr...Sebelah malam ada kelas renang lakk...Lepas berenang badan aku rasa makin lemah macam nak demam jerr...

2 April 2008

Ari nie ada kelas laa macam biasa dari pagi..Sebelah petang aku pegi ke UITM untuk dapatkan khidmat nasihat untuk Program Batik Appreciation Night...Sebelah malam ada kelas Etiket dari Puan Rahimah Yeop...Iskkk..Badan aku tak berapa sedap lagi nie..Rasa dah semakin lemah....

3 April 2008

Confirm...Aku demam ari nie..Takder mood nak buat aper2...Dah laa badan lemah semacam jer..Batuk laa tak berhenti2...Arrghh..Tensen betul...Esok aku ada Public Speaking laa..Iskk...Satu benda pun aku tak hafal lagi....Dari pagi sampai tengahari ada kelas..Iskk....Mata aku kuyu semacam jer..Maklum laa..Dah demam...Nasib baik laa Azam bagi Ubat kat aku...Sebelah malam ada Kelas Table Etiket...KGPA....Kena pakai baju mess kit lakk...iskk...Cerewet betul laa...Semua benda kena buat secara tertib..Makan Chiken Chop..Tapi tak sedap sangat...Aku makan tak abih pun..Lagipun aku tengah takde selera....Maklum laa..Demam katakan...

4 April 2008

Emm..Pagi nie aku dah berjaya..Berjaya Buat Public Speaking..Akekkekeke..Aku buat tajuk E-Learning...Lepas tu ada latihan untuk Majlis Batik Appreciation Night...Yang nie Anjuran Sidang aku laa...Sidang F...Ari nie memang cemas giler..Dah laa kena buat persiapan last minit sebab ada orang guna Dewan..Tapi sbb kerjasama Geng2 Sidang aku..Akhirnya berjaya juga Majlis nie tanpa banyak masalah dan silap...Aku ambil bahagian dalam majlis nie dengan main Kompang...Emm..Nie first time aku main kompang...Lepas tu aku berlakon jadi bomoh untuk Ulik Mayang...Lepas tu yang paling aku rasa best...Aku berpeluang jadi Model Pakaian..Memang best sangat..Tak dapat jadi model iklan pun takpe..Janji dapat jadi model walaupun jadi Model Batik...Tak sia2 daripada aku berlatih untuk Catwalk..Hasilnya sungguh memuaskan...

5 April 2008

Hari nie ada perlawanan bolasepak antara Sidang F lawan Sidang E..Aku biasa laa..Main untuk sidang aku..Mula2 tu main ok..tapi biler dah lama..Stamina dah hilang...Main pun kelam kabut akhirnya team aku kalah...2-8...akekekek...Tapi yang bestnya walaupun kalah, aku dapat score 1 goal..Ok laa tu kot bagi aku yang dah lama tak main bola nie..Abih je lawan bola aku terus bersiap untuk ker LCCT..Otai yang hantarkan aku ke sana...Dalam kul 4 aku jumpa anak kesayangan dan isteri serta keluarga...Gembira tak terkata..Masa aku peluk anak aku..Tetiba airmata aku terkeluar...Aku hiba sangat...Lepas aku aku bawak anak n isteri gi jalan2 kat Giant n makan KFC..Seronok abih...

6 April 2008

Bangun dari tido aku terus bersiap gi bawak Oya n bini aku jalan2..Maklum laa..Dah lama tak jalan2 cenggini...Lepas tu aku gi makan McD..Bawak Oya jalan2 naik bas..Lepas tu aku ke Pantai...Petang aku gi beli keropok..Malam dalam kul 9 flight aku berlepas ke LCCT...Huhuhuu..Sedih kerana terpaksa tinggalkan anak, isteri dan kelaurga tersayang...Belum puas lagi main2 ngan anak..Aku dah terpaksa balik ke Intan Kiara..Tapi ini laa pengorbanan yang terpaksa aku buat demi masa depan aku, kelaurga dan negara.....Sampai kat LCCT..lepas tu otai amik aku balik ke Intan Kiara...

7 April 2008

Ari nie bermula laa Modul Ekonomi..Dari pagi sampai petang..Biasa laa..Ada kelas..Dalam kul 5 lak kena wat latihan Poco2..Maklum laa..Esok ada pertandingan Poco2 antara Sidang...Lepas tu sebelah malam ada kelas kerohanian berkaitan dengan Pengurusan Jenazah..Banyak yang dapat aku pelajari dalam kelas nie...Bagus gak kelas nie..Boleh laa aku gunakan ilmu ni dimasa hadapan..At least aku dah ada basic walaupun tak expert mana...

8 April 2008

Ari ni nasib baik aku turun PT..Kalau tak alamatnya kena STS laa aku..Ari nie ada buat Head Count..Nasib nasib...Lepas tu pagi sampai petang ada kelas macam biasa laa..Ada kelas Modul Ekonomi..dalam kul 5 ada pertandingan Poco2..Aku biasa laa..Dah terer katakan..Lagipun seronok wat Poco2 nie ramai2..Lepas tu aku diajar buat Chiken Dance...Lawak n seronok giler..Tapi yang paling best..Sidang F yakni Sidang aku menjadi Juara Pertandingan Poco2 Ria..Hehehehe..Biasa laa..Hero ada..Heheheheh...Sebelah malam lak ada Majlis Protokol dengan Datuk Mohamed Shaid bin Mohd.Taufik (Bekas Datuk Bandar)..Antara nasihat yang aku dapat pelajari untuk PTD macam aku nie adalah ”Tindakan mesti munasabah dan berani menegakkan keberanian” Insyaallah..Kata2 hikmat itu akan aku tanam dalam hati aku untuk menjadi PTD yang berjaya...

9 April 2008

Pagi macam biasa laa..Ada kelas ekonomi...Lepas tu dalam kul 2 aku ke ASWARA untuk latihan Vokal..Seronok dapat belajar menyanyi dengan betul...Aku kena nyanyi lagu Selendang Sutra bagi KOIR...Mesti lepas nie KOIR aku kena perform kat mana2 majlis...Lagipun lagu tu sedap giler...Aku duk dalam kumpulan Suara Tenor..Yang suara tinggi...hehehhe...Nanti kalau aku ada masa aku nak belajar nyanyi dengan cikgu2 yang baik tu lagu Anuar Zain lakk...Lepas tu sebelah malam aku, rizal, hapiz tok batin, saiful otai n azam kecik gi cheras..Gi makan western food...Lepas makan aku balik semula ke Intan Kiara untuk siapkan group Assingment untuk Modul Ekonomi...Aku wat assingment sampai kul 2..Perghh..Ngantuk giler..Esok pepagi dah nak kena bangun untuk gi kelas lak....Huhuhuhu...

10 April 2008

Hari nie ok skit..Assingment dah siap..Lega..So malam nie ada masa laa untuk aku study skit..Sebelah petang aku main volleyball..Emm..lepas laa geram aku main volleyball nie..Maklum laa..Dah lama tak main..Last skali aku main sukan nie masa kat university dulu...Sebelah malam aku lak tayangan Video mengenai kematian..Emm..Best jugak..Kiranya boleh laa menimbulkan keinsafan pada diri aku yang jahil nie..Yang paling aku terharu biler ustaz tu bercerita saat2 kematian Nabi Muhammad SAW...Sayang sungguh nabi pada Umatnya...Lepas abih ceramah aku balik terus ke bilik aku untuk study....

11 April 2008

Sebelah pagi aku study je kat library...Lepas tu kena study lak kat Dewan Mutiara..Iskkk..Asyik kena pindah randah je...Tensen laa tak dapat 100% concentrate kat study...Nasib baik soalan objektif...Sebelum exam aku sempat gi jumper dengan mentor aku iaitu Dr.Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus..Banyak gak laa nasihat daripada mentor aku...Dia nasihatkan aku supaya aku menjadi PTD yang Resileance...Aku kena belajar menerima apa yang aku tak suka kerana tak semestinya apa yang tak suka kita dapat dan mungkin kita akan dapat apa yang kiter tak suka..Lepas tu aku ke DSG untuk exam..Exam ekonomi nie boleh tahan laa..tak terlalu susah dan tak terlalu senang...Sebelah malam lak ada majlis perjumpaan dengan TKPPA(O)..Dato’ Ismail Alias...Emm..Banyak juga laa nasihat daripada Dato’ untuk PTD muda macam aku nie..Aku mesti menjadi PTD yang berwawasan tinggi untuk masa depan karier aku...Aku akan cuba buat yang terbaik..

12 April 2008

Ari ni bermula laa Minggu Sukan DPA..Aku biasa laa..Main sukan kegemaran aku..Tennis...Dah dekat 2 bulan aku tak main tennis nie..Emm..Kaku laa juga...Tapi yang bestnya aku dapat belajar daripada Coach yang berpengalaman...Aku akan cuba perbaiki kelemahan aku dalam permainan ini..At least kalau aku dah abih DPA nanti, aku dah terer main tenis..Akekekekkeke...Lepas tu aku balik ke bilik..Emm..Masa cenggini laa tensen..Semua orang dah balik umah..So aku yang jauh nie terpaksa merempat kat bilik Intan Kiara nie laaa..Iskkkk..Boring giler...Time gini laa hati aku meronta2 nak balik terengganu..Tapi apakan daya..Aku tak dikurniakan sayap untuk aku terbang ke sana...Nak balik naik flight duit dah kopak...Member lain takder laak yang balik ke terengganu..Emm..Tak pe laa..Aku kena banyak bersabar...Tinggal lebih kurang 4 bulan je lagi....huhuhuhuhu...Malam lak aku ngan rizal je tinggal kat asrama Intan Kiara nie..Orang lain gi maner entah..Dah laa ari hujan..Aku makan maggi je untuk lunch..Nasib malam hujan dah berhenti..Lepas tu aku n rizal gi basuh baju kat Brickfields..Lepas tu aku makan nasi n tomyam..Esok lagi laa boring..Semua budak lain ke Modul luar..Tinggal laa aku sensorang kat hostel nie..Huhuhu..Biler entah aku leh balik terengganu lagi...

13 April 2008

Hari nie bangun pagi je suasana kat Kiara nie dah sunyi sepi..Ramai orang dah ke luar untuk ke Modul masing2..Tinggal laa aku terkontang kanting sensorang kat sini..Tengahari aku gi makan sensorang..Nasib baik rizal tinggalkan motor kat aku..Kalau tak alamatnya aku kena berpuasa atau makan maggi je laa....Iskk...Boring betul laa..Nasib baik kat bilik aku ada access internet..So boleh laa aku surfing internet...Sebelah malam ok laa skit..Sebab member2 dah pun balik ke Kiara..Mlm aku buat laa preparation untuk kemaskan pakaian untuk ke Modul BTN..Sempat laa aku seterika baju dan buat apa yang patut....

14 April 2008

Ari nie buleh laa bangun lewat skit..Sbb bertolak ke BTN Meru, Selangor jam 2.30 ptg..Sampai kat BTN lebih kurang kul 3.30 ptg..Lepas tu ada taklimat dan pembahagian kumpulan..Emm..kat BTN nie biler makan kena basuh pinggan, cawan sendiri..Lepas tu masuk Dorm..Emm..Satu Dorm 13 orang..Meriah giler budak2 dorm aku nie..Semua asyik bergurau sampai tak ingat dunia..Biasa laa aku..Kutuk2 dan wat lawak nie memang hobi aku...Kat BTN nie kena pakai baju putih lengan pendek n seluar hitam..Emm..Teringat laa zaman2 persekolahan dulu...Nasib baik tak suruh pakai seluar kaler hijau..Akekekekke...Malam biasa laa kat BTN nie...Ada taklimat dan ceramah je laa..

15 April 2008

Arghh...Kat BTN nie kena bangun seawal jam 5.00 pagi..Lepas tu kena sembahyang subuh berjemaah dan lepas tu ada tazkirah pagi...Emm..Lepas settle semua benda tu kena lak berkawad..Tapi kat BTN nie takde laa kena kawad macam dekat Modul Polis atau Tentera..Kira ringan laa skit..Lagipun semua orang dah terer kawad..Lepas breakfast kena masuk kelas laa...Ada ceramah dari kul 8.30 pagi sampai kul 1 ptg...Perghh...Kat sini kena lawan ngan mata laa..Emm..Ngantuk tu tak usah nak cakap laa...Nasib baik aku bawak gula2..Kalau tak maunya aku terkulai layu kat kerusi..Kalau gula2 aku kehabisan..Aku pow laa budak pompuan punyer...Budak2 pompuan nie memang slalu bawak gula2, biskut dan macam2 lagi laa ke kelas...Lepas makan tengahari..Sambung lagi ceramah...Emm..Time tengahari gini laa skali lagi aku terpaksa menahan mata tertutup...Mana laa mata tak layu..Dah laa malam kena tido lewat..Bangun lak pagi2..Perghh...Mental kena kuat laa...Tapi..emmm..Ramai aku tengok budak2 tertido..Yang kelakar tu..Ada yang sampai terkeluar air liur..Cehhhh....Sebelah petang lak ada Ujian Kesihatan Jasmani Kebangsaan..Emm..Performance aku ok laa..Aku dapat 60/80...Sebelah malam lak ada sembahyang magrib berjemaah dan lepas tu ada ceramah..Kat BTN nie paling awal boleh tido pun dalam kul 12.30 mlm...Semangat kena kuat...

16 April 2008

Pagi nie macam biasa laa..Kena bangun kul 5.00 pagi..Tapi aku biasa laa..Tido extra..Kul 5.30 baru bangun..Aku jenis tak mandi pagi..So lepas gosok gigi dan amik air sembahyang..Aku gi la kat surau untuk berjemaah..Abih solat..Kena gi ke dewan laa untuk dengar tazkirah...Lepas tu ada senaman pagi...Senaman kat sini biasa je..Takder laa guna fizikal sangat..Tapi seronok laa..Lepas breakfirst..Ada pembahagian kumpulan baru untuk LDK...Fasilitator aku nama Encik Daros bin Senapi..Baik orangnya...Cakap pun pelan2 jer...Lepas abih aktiviti LDK, sebelah petang aku kena buat Flying Fox..Perghh..Ni laa kali pertama aku buat flying fox nie..Emm..Gayat tu tak usah nak cakap laa..Dah laa aku nie jenis gayat...Tapi hero punya hal..Aku buat gak..Tapi apa yang aku dapati..Flying Fox nie memang best giler..Perasaan takut masa nak mula2 turun je..Lepas tu masa terbang..Seronok giler...Aku apa lagi..Kibas2 laa tangan buat macam burung terbang tinggi di angkasa rasa...Sebelah malam macam biasa laa..Sambung LDK..Macam2 yang dibincang dan diperdebatkan di LDK nie..Emm..Aku biasa laa..Mesti amik bahagian..Lagipun aku memang minat ngan politik dan isu2 semasa nie...

17 April 2008

Ari nie sebelah pagi macam biasa laa...Subuh berjemaah dan ada tazkirah..Lepas tu ada larian 2km..Emm..Aku dapat 13 minit 55 saat..Ok laa..Lagipun stamina tengah ok... Lepas breakfirst ada sambung LDK...Dari pagi sampai petang ada kelas LDK..Best ada kelas LDK sebegini..Nie laa tempat untuk berforum secara teratur..Tak laa macam berforum stail di kedai kopi...Sebelah malam lak ada majlis penutup untuk LDK nie..Kena nyanyi lagu Patriotik..Lepas tu ada games menyelesaikan masalah...Emm..Tapi yang tak bestnya aku kena tangkap paling awal..Dah laa tangan kena gari..Mulut pulak kena tutup ngan salertep...(aku tatau nak eja salertep)..Akekekeke....Tapi games nie aku dapat banyak pengajaran..Emm..Kenkadang kiter kena berkorban demi kejayaan kumpulan atau masyarakat kita...Tapi pengorbanan kita tu kena laa berbaloi..Tapi apa yang aku dapati..Kenkadang pengorbanan kita tu tak mendapat balasan yang setimpal..Ada ke aku yang dah ditawan nie jadi bodoh je kat depan bersama2 tawanan lain..Diorang semua menyanyi sakan lagu merdeka..Chehh...Lepas tu nyanyi lak lagu Maafkan Kami..Cheh..Lepas buat salah baru nak menyesal..Akekekekekek....Tapi memang best laa aktiviti nie..Aku siap kena buat luahan perasaan lagi..So apa lagi..Aku hentam laa balik...Baru padan muka diorang...Baru diorang insaf...Hahahahaha....

18 April 2008

Emm..Pagi nie macam biasa..Subuh berjemaah..Cuma tazkirah je yang takde..Maklum laa..Pagi nie ada Ujian Kenegaraan...Ada 60 soalan..Emm..Aku ok laa..Boleh buat..Maner tak boleh buat..Dah soalan objektif...Lagipun pengetahuan am aku berada ditahap ok laa..Cheh..Perasan abih..Lepas ujian ada kembara lak.Emm.Aku group pertama yang jalan..Start jalan kul 10.30 pagi..Emm..Kembara kat BTN nie takde laa mencabar sangat..Mungkin masa yang tak mengizinkan..Sbb ari nie kan ari jumaat..So kena cepat sampai laa untuk gi semayang jumaat...Lepas 1.30 minit...Kembara kumpulan aku pun sampai ke destinasinya...Lepas sembahyang jumaat ada majlis penutup BTN nie..Emm..Bertolak dalam kul 4 ptg ke Kiara...Kul 5 dah sampai..Lega dapat habiskan Modul BTN nie dengan jayanya....Segala amanat, maklumat dan nasihat di BTN nie aku akan gunakan sebaiknya demi agama, bangsa dan negara...Chewahhh....Malam aku, azam,otai, tok batin n john kuar makan nasik lemak kat Bangsar..Best gak laa..Tapi lagi sedap nasik lemak kat terengganu...Hehehehe....

19 April 2008

Ari nie pagi macam biasa laa..Dah berada di Intan Kiara nie kena ikut peraturan kat sini lak...Pagi kul 8 ada sukan..Aku main volleyball je..Tapi tak seronok sangat..Maklum laa..Kaki aku sengal2 lagi...Kul 10 pagi aktiviti sukan dah abih....Yeaaaa....Aku buleh relek laa....Tapi..Huhuuhhuhu..Tensen sebab aku je yang tinggal kat Kiara nie..Geng2 lain dah balik umah masing2..Huhuhuhu...Papa rindu kat Oya..kat mama..kat famili...Huhuhuhu..Nak balik jauh lakk..Nak beli tiket fliht duit lak lak kering...Terpaksa laa aku menahan perasaan rindu nie...Nie dah masuk minggu ketiga aku tak boleh balik...Apa pun aku kena hadapi semua nie dengan tabah...Ya...Aku kena tabah.....

20 April 2008

Huh..Ari nie aku tinggal berseorangan kat Intan nie..Rizal ada..Tapi..Cheh..Dia layan tido dari pagi..Aku dari pagi sampai petang makan roti jer..Tu pun aku amik roti Rizal untuk breakfirst...Nasib baik petang Nanda amik aku..Emm..Aku kuar laa jenjalan ngan dia..Gi makan kat Subang Jaya..Lepas tu dia ajak aku gi kat Jaya Jusco...Malam baru aku balik ke Intan Kiara...Emm..Tapi lepas balik kat Intan nie..Berlambak lak makanan yang member lain belikan...Emmm..Sampai nak pecah perut aku makan..Macam2 aku makan...

21 April 2008

Ari nie Monday Blues...Aper la malang nasib Sidang aku nie..Pagi2 lagi dah kena marah ngan Puan Fazni..Nie mesti gara2 salah faham masa sukan ari sabtu lepas..Tapi..Nasib badan..Setelah diberikan penerangan mengenai perkara yang berlaku..Puan Fazni berikan assingment ”The Value Of Instruction”..Huhuhu...Pasal 6 pages tu aku tak kisah sangat..Yang aku kisahkan tu..Assingment tu kena wat dalam english..Huhuhu..Aku nie dah laa lemah dalam English....Tapi aku harus positif..May be ada kebaikannya..At least leh gak improve English aku nie...Ari nie gak bermula Modul Penyelidikan dan Metodologi...Dari pagi sampai petang ada kelas laa..Petang ada sukan..Tapi aku tak leh main sbb hujan lebat..So aku lepak je laa kat Port Smoker tu...Malam lak ada kelas kerohanian...Kelas malam nie belajar pasal Sembahyang Berjemaah...

22 April 2008

Ari ni biasa laa..Ada kelas..Emm..Tapi kelas ari nie Kumpulan aku kena wat Presentation..Nasib baik dapat pujian...walaupun pujian tak melambung..Tapi aku dah berpuashati..Aku harap dapat markah yang baik laa...Petang lak ada PT kat DSG...Best laa jugak..Lepas tu kena jogging..Emm..Stamina kena jaga beb..Banyak lagi modul yang perlu aku lalui..Sebelah malam lak ada kelas renang..Aku macam biasa laa..Masuk team pro..akekekeke...Malam ni belajar cara nak bernafas..nak apungkan diri..nak tenggelamkan diri dan cara nak menyelam..Sebenarnya masa nak gi ke kolam tu aku dah ala2 malas..Ingat nak layan tidor jer..Maklum la..Hujan lebat..Tapi biler sampai kat kolam..Rasa seronok lakk..So aku apa lagi..Tukar pakaian dan terjun ke dalam kolam..Sejuk giler...Lepas balik berenang aku wat assingment..Emm..Ada satu muka surat je lagi tinggal..Tapi aku tak sempat nak siapkan sbb aku pening kepala..Maklum laa..Semalam aku tido lewat..Malam nie aku nak tido awal....Zzzzzzzzzz.....

23 April 2008

Ari nie kelas macam biasa laa..Dari pagi sampai petang..Assingment aku pun dah siap ditranslatekan dengan bantuan Azam...Emm..Cuma yang best ari nie ada Senam Seni...Emm...Kami semua kena menari ikut vcd yang dimainkan..Macam2 tarian ada..Joget melayu ada...cina, india, sabah n sarawak..Kira berpeluh laa jugak aku dibuatnya..Emmm..Malam lak ada ceramah dari Persatuan Bulan Sabit Merah..Banyak gak laa ilmu yang aku dapat camner nak wat CPR..Bantuan untuk orang tercekik dan sebagainya...Tapi..Emm..Bila laa aku nak study camner..satu ari penuh ngan aktiviti jer..Ari jumaat nie dah laa ada exam Research n Metodologi....

24 April 2008

Pagi nie macam biasa laa..Ari khamis..Kena bangun awal untuk PT..Argghh..Ngantuk giler..Lepas tu ada kelas laa macam biasa..Cuma kelas ari nie sampai tengahari jer...Sbb petang kami diberi peluang untuk study...Aku apa lagi..Ambik laa peluang nie untuk perkemaskan nota dan buat perbincangan...Ari nie juga ada senarai nama selepas Sidang dipecahkan..Secara rasminya aku akan ke Sidang E pada 27 April nie..Apa pun walaupun dah pecah sidang...Pengalaman di Sidang F yang cukup huru hara dan gelak tawa akan aku ingati..Tapi bagi aku..pecah sidang nie bagus jugak..Boleh aku besarkan aku punya network..Maklum laa..PTD nie network kena kuat dan teguh...Petang aku main volleyball..Sebelah malam lak ada bacaan Yassin..Biasa laa..Malam jumaat..Lepas tu ada Kelas Tafsiran Al-Quran..Ari nie belajar untuk baca Al-Fatihah dengan betul...Emm..Susah jugak yer..Patut laa selama ini arwah atuk n nenek aku selalu marah kat aku..Biler dah besar cenggini baru aku faham....Tapi aku cuak gak..Sbb esok kul 9 pagi ada exam...Huhuhu..Lepas balik jer aku duk study laa ngan Azam n Tok Batin...Aku study sampai kul 3 pagi...Harap2 esok leh laa wat exam...

25 April 2008

Ari ni aku bangun pagi skit sbb kena berjemaah kat surau..Lagipun aku nak sambung tsudy lagi...Lepas sembahyang je aku balik kat bilik n sambung study...Kul 9.00 pagi ada exam..Kul 10.00 pagi aku dah keluar..Alhamdullillah..Aku boleh buat..Tak sia-sia aku study semalam..Harap2 aku lulus laa..Bukan setakat lulus..Tapi kalau boleh lulus dengan cemerlang...Akekekekek....Lepas tu sementara tggu azam abihkan kejer dia aku tolong la budak jual kuih kat area masjid kat Intan nie..Emm..Ok..Tak menghampakan..Abih kek dia aku tolong jualkan..Akekekeke...Lepas tu budak tu siap nak bagi kek free kat aku..Tapi aku biasa laa..Biler tolong orang maner ada aku penah mintak balasan...Cheewaaaahhhh....Phewwwwiittttt.....Petang lak budak Sidang F buat jamuan makan pizza...Aku apa lagi...Makan je laa..Lepas tu aku cam biasa..Main volleyball...Sajer buat kuar peluh...Malam lak aku kuar ngan Rizal, Azam n Otai..Gi makan western food kat cheras...Kiterorang kalau ada kelapangan jer..Mesti gi Cheras untuk makan western yang best tuu....

26 April 2008

Ari nie pagi kul 8.00 ada sukan seni mempertahankan diri..Emm..Best jugak..Sini kami diajar bagaimana untuk menggelakkan daripada serangan dan cara2 untuk melepaskan diri..Lepas tu aku balik tido jer..Maklum la..Semalam aku tido lewat...Sebelah petang aku lepak kat bilik jer..Tatau nak buat aper..Nak kuar malas rasanya..So aku lepak laa dalam bilik sorang2...Member2 lain semua dah balik ke destinasi masing2..Dan ada yang kuar gi jalan2..Rizal ada gak ajak aku kuar..Tapi aku nak rest laa..Nak rehatkan badan..Lambat betul minggu depan..Sbb minggu depan aku akan balik ke trg.. sabar nak jumper anak, isteri dan keluarga tersayang...Tiket flight aku dah beli..Cuma tunggu masa untuk aku fly ke Trg...

27 April 2008

Ari nie aku bangun awal skit..Sbb ari nie aku kena pindah ke INTENGAH, Jalan Ilmu...Lepas aku packed barang...Dapat laa 2 beg besar..4 beg kecik..Emm..Banyak gak beg aku yerr...Emm..Masa datang sini mula2 ada 2 beg jer..Emm..Tatau laa barang2 nie datang dari maner..akekekkee...Lepas siap packed barang..Aku rehat kejab..dalam kul 4 aku pun angkut laa barang aku...Aku tumpang kereta John..Emm..Masa nak angkut barang tu..Nak tercabut gak laa pinggang aku nie..Maklum laa..Berat barang2 tu semua..Lepas amik kunci kat Intengah nie..Aku dapat bilik 107..Sebilik 3 orang..Aku, Kamarul n Anuar..Semua budak sidang E aku yang baru...Cuma anuar jer yang skali ngan aku masa kat Sidang F...Best duk kat Intengah nie..Dewan makan dekat..Port isap rokok dekat ngan bilik aku..Malam2 boleh gi KFC..Kat depan Intengah nie ada brader jual berger..Emm..Dan macam2 laa lagi...Kira macam heaven laa kalau nak compare kat Intan Kiara yang banyak CCTV tu...akekekekek...Malam lak ada majlis Rasmi perpecahan sidang..aku tak sedih pun dengan perpecahan sidang nie..Lagi bagus ada laa..Sekurang2nya aku leh dapat ramai lagi kawan dan aku boleh kembangkan network aku untuk masa depan dalam perkhidmatan PTD aku nie..PTD memang sgt2 mementingkan network...Majlis nie dirasmikan oleh Tuan Saadon..masa taklimat tu..Tuan Saadon cabar kami untuk buktikan kehebatan kami...Emm..Aku akan sahut cabaran tu...

28 April 2008

Ari nie bermula laa Modul Komunikasi Berkesan..Kelas aku dalam seminggu nie kat Intengah jer..So tak payah laa aku bawak beg ke hulu hilir untuk ke Intan Kiara...Best dan aku dapat byk ilmu kat kelas English nie..Walaupun bahasa Inggeris aku tak berapa bagus sangat..Tapi aku cakap omputih laa ngan geng2 aku..Emm..Kiranya aku berjaya gak laa sbb member aku faham apa yang aku cakapkan...Hahahahah..Kiterorang mengutuk pun pakai Bahasa Inggeris aper..akekkekekke..Tapi sebelah petang aku kena gak pergi ke Intan Kiara untuk Senam Seni..Emm..Berpeluh laa juga...Tapi ari nie lagi seronok nak compare minggu lepas..Sbb ari nie semua sidang ada kat Kiara..Malam lak macam biasa laa..Ada kelas kerohanian...

29 April 2008

Ari nie pagi macam biasa laa..Ada kelas English..Ari nie belajar pasal cara2 nak buat report..Susah juga bagi aku yang tak berapa terer english nie..Aku tatau laa apa masalah aku dengan english nie..Dari sekolah rendah aku belajar tapi sampai skang nie aku tak pandai2 juga...Emm..sebelah petang lak aku kena ke Intan Kiara..Ada buat PT kat DSG dan lepas tu kena jogging pusing Intan,,Emm..aku takder laa penat sangat mungkin sbb stamina aku berada ditahap ok kot..Aku kena maintain stamina aku sbb ada 2 lagi Modul yang amat memerlukan tahap stamina yang baik..Iaitu modul OBS dan Bomba...Malam lak ada persembahan Protokol daripada Sidang E yang lama berkenaan Pra dan Pasca Bencana Tsunami...Emm..Sedih dan terharu juga laa aku mendengar cerita tentang tsunami nie walaupun ianya telah lama berlaku...Lambatnya ari sabtu nie..Aku dah tak sabar nak balik terengganu..Tak sabar nak jumpa anak kesayangan, bini dan keluarga aku..Aku tak balik sana dah dekat sebulan dah..Rindu tu tak usah nak cakap laa..Hanya tuhan yang tahu...Huhuhuhuhuhu.....Nasib baik laa kawan2 ada untuk menghiburkan hati aku nie....

30 April 2008

Ari nie pagi macam biasa laa ada English..Ari nie kiterorang belajar Pronounsation..Emm..Susah jugak yer nak sebut betul2 yer..Kiter belajar IPA..Internasional Phonenatic Symbol..Lepas tu cara guna kamus dengan betul..Emm..Nie kira kali pertama laa aku belajar guna kamus dengan betul..Selama nie maian hentam jer..Lepas tu sebelah petang aku kena gi ke Intan Kiara.Aku jadi AJK Cenderahati bagi Hari Keluarga Intan pada esok ari...Aku gi laa tolong apa yang patut dan bungkus2 hadiah...Lepas tu malam aku, rizal, otai n azam kuar gi makan2..

1 Mei 2008

Emm..Ari nie aku bangun pagi...Emm...Letihnya..Dah laa semalam aku tido lewat..Lepas tu aku ke Intan Kiara..Aku jadi MC dengan Rizal@Pokok untuk Hari Keluarga Intan nie..Ni kali pertama dalam hidup aku jadi MC..Mula2 tu aku Blur jugak..Tapi lepas lama2..Emm..Boleh laa..Lagipun aku jadi MC yang tak formal..Kira boleh laa merapu apa yang patut...Aku jadi MC untuk sukaneka..Memang laa seronok sukaneka nie..Tapi lagi seronok kalau aku boleh bawak anak, isteri dan keluarga aku yang tersayang..Rupanya penat gak jadi MC nie..Dah laa kena berdiri dari pagi sampai tengahari...Tapi yang frustnya..Rumah yang aku wakili..Rumah Biru dapat tempat terakhir...Huhuhuhu..Tapi takper..Tahun depan boleh cuba lagi...

2 Mei 2008

Pagi nie ada kelas English macam biasa..Cuma ari nie belajar camner nak buat Letter Writing dengan betul..Bagus laa ada kelas yang sebegini..Boleh laa aku yang kurang terer nie improve..Kalau laa kelas sebegini diadakan untuk satu tempoh masa yang lama..Mungkin english aku akan jadi lebih cair..Ala2 omputih gitu...Sebelah petang takde aktiviti yang dijalankan..So aku main je takraw..Dah lama giler aku tak main takraw nie..Last aku main dulu masa kat University..Lepas main takraw aku kuar gi Hartamas..Sajer minum2 ngan member2 Sidang lama...Malam lak aku n geng kuar gi Chow Kit untuk carik baju Bundle atau apa2 yang patut untuk dimasa masa Modul OBS..Kira baju untuk pakai buang laa..Macam yang senior2 ajarkan...

3 Mei 2008

Pagi nie ada Sukan UDPA..Aku cam biasa laa..Main tennis..Dan ari ni juga aku dengan secara rasminya dilantik sebagai Pengarah Pertandingan Tennis DPA..Emm...Aku sebenarnya tak suka sgt kalau dapat jawatan2 cenggini..Tapi biler orang dah lantik..Aku kena laa jalankan tanggungjawab yang telah diberikan pada aku...Lagipun bagus juga untuk pengalaman aku pada masa depan..Petang lak Azam hantarkan aku n Tok Batin ke LCCT..Yeah..Aku dapat balik ke Trg..Boleh jumpa anak, bini n keluarga aku yang tersayang...Terubat rindu aku...Aku sayangkan keluarga aku...Malam lak aku keluar gi makan ngan Oya dan bini aku kat Giant...Skang nie anak aku dah pandai mintak nak main Playground...Cakap pun dah banyak dah..Dah banyak words yang Oya tau...Oya semakin pandai skang nie...Cuma skang nie aku rasa agak terkilan kerana tak boleh share banyak benda dengan Oya sbb aku masih lagi dalam Kursus..Tapi..Itu lah..Aku, Mama n Oya kena banyak berkorban demi masa depan yang lebih terjamin...

4 Mei 2008

Pagi2 lagi aku, Oya n bini aku kuar gi jalan2..Gi McD..Oya cam biasa laa..Makan sikit...Cuma nak main playground je...Nasib baik kat McD ada playground...Masa nie aku rasa seronok sgt sbb dapat spend time dengan Oya n Bini aku....Lepas tu aku singgah kat umah Ummi aku...Petang aku dah nak kena balik ke INTENGAH dah...Sedih nak tinggalkan Oya n bini aku...Aku macam biasa laa..Tak dapat nak tahan airmata keluar..Laju je airmata aku kuar masa nak tinggalkan Oya n Bini aku...Tapi apa boleh buat...Aku balik ke KL tumpang kereta Tok Batin..Pukul 12.00 tgh malam baru sampai....Arghh..Penatnya..Tapi aku rasa puashati sbb dapat jumpa Oya, bini dan keluarga aku..Sekurang2nya terubat rindu dihati...

5 Mei 2008

Ari nie bermula laa xtvt yang boleh dikatakan mencabar keupayaan diri dan menyeronokkan...Seronok????emm..Tatau laa aku..Tu cuma yang aku dengar daripada budak2 sidang yang dah pergi sana sebelum nie...Bertolak dari INTENGAH dalam pukul 9.00 pagi..Sampai kat Outward Bound Malaysia Lumut (OBML) dalam jam 1.30 ptg..Lepas tu ada sikit taklimat berkaitan Modul OBS nie...Lepas tu ada pembahagian Watch..Watch nie lebih kurang platun laa..Pembahagian kepada kumpulan yang lebih kecil...Aku dapat Watch Beremban..Semua watch kat sini dinamakan sempena gunung2 yang ada kat Malaysia nie..Seperti Beremban, Kinabalu,Bubu,Trusmadi dan Berinchang.. Lepas pembahagian watch..Aku kena serahkan semua duit2, Kad pengenalan, lighter. Rokok, ubatan dan sebagainya item2 yang tak dibenarkan... Emm..Rasa macam kena masuk penjara lak..Huhuuuhu...Lepas tu aku ditempatkan di Dorm Tahan..Emm..Penat jugak laa kena mendaki 148 anak tangga...Sehari maunya 3-4 kali turun naik anak tangga nie...Naik cramp peha aku...Tapi bagus gak...At least aku boleh improve lagi stamina aku...Malam lak ada tayangan Slideshow berkaitan dengan sejarah OMBL nie...Emm..Kami di OBS nie tidak diberikan jadual khusus tentang xtvt yang akan dijalankan..Semua xtvt adalah SUPRISE...Sbb instructor kat sini cakap today always Monday...Huh..Penat2...Tapi insyaallah..Semua xtvt nie aku akan harungi walau ianya agak mencabar mental dan fizikal aku...Suprise ker..Aper ker..Aku tetap harungi...Chewahhh....

6 Mei 2008

Pagi nie jam 6.30 ada senaman..Lepas tu kena jogging lebih kurang 2 km..Lepas tu ada permainan Belatuk dan Belalang...Emm..Permainan nie lebih kurang main kejar2 laa..Rasa macam zaman persekolahan dulu2...Best jugak...Lepas minum pagi..Kiterorang semua diajar cara nak mengendalikan tali untuk pendakian..Kat sini kami diajar cara untuk menjadi seorang Belayer, Anchor dan Climber..Best..Aku yang gayat nie pun boleh buat jugak...Cuma kita kena konfident dengan belayer kiter...Sebelah petang pulak ada exercise climbing..Kena panjat tangga, kena lompat dari satu pokok ke pokok yang lain,,Lepas tu kena jalan atas kayu yang digantung pada tali..Lepas tu kena pulak bergayut pada tayar yang diikat pada tali...Dan kena jalan pada tali yang diikat dari pokok ke pokok yang lain..Dan last sekali kena lompat dari pokok yang tinggi untuk sentuh loceng dan terus turun ke bawah..Aku tak lepas halangan masa kat tayar tu..Masa tu aku rasa tak larat sgt..Sampai tangan aku mengeletar..Teruk laa hero kena kutuk..Pasal semua member2 lain lepas halangan tu..Lepas tu instructor aku, Encik Nazim yang kami panggil Cikgu suruh aku repeat..Nasib baik lepas halangan tu..Kalau tak....Masak laa hero kena kutuk...Padahal halangan tu sepatutnya aku boleh lepas dari awal kalau aku bersabar dan tak kelam kabut...Maklum laa..Nak tunjuk hero punyer pasal..Aku buat laju2..Last aku jugak yang kehabisan stanima...Nie kira aku dah dapat la pelajaran pertama..Jangan buat sesuatu dengan kelam kabut...Kalau tak..Rugi dan buat malu jerr...Akekekekeke....Malam lak kami diajar menyanyikan lagu School Song, Outward Bound Spirit, Berjumpa dan Berpisah dan Auld Lang Syne...Lepas belajar menyanyi ada taklimat mengenai XPDC pertama ke Teluk Penyalang yang melalui Hutan Teluk Muruq dan Teluk Rubiah...Lepas tu kena buat persiapan untuk ke XPDC berkenaan yang mengambil masa 2 hari 1 malam..Aku kena amik beg pack, khemah, gallon air, ration, jerry can, pegs, tali dan sebagainya untuk XPDC esok...

7 Mei 2008

Pagi nie macam biasa..Kena bangun awal..Sbb pukul 6.30 kena nyanyi lagu Negaraku dan lagu DPA..Lepas tu..Kena jogging...Lepas breakfirst ada sedikit pembelajaran berkaitan peta dan cara2 menggunakan kompas...Jam 2.30 petang..Bermula laa XPDC pertama kami ke Teluk Penyalang yang melalui Teluk Rubiah dan Hutan Teluk Muruq..Penat giler sbb kena bawak beg yang berat..Aku ditugaskan untuk menjadi Parang Man...Perjalanan ini sgt mencabar..Nasib tidak menyebelahi kami biler air laut sedang pasang dan membuatkan kami terpaksa berpatah balik dan mencari jalan lain yang lebih jauh untuk sampai ke destinasi..Dah laa sebelum tu tersesat sampai ke Padang Golf..Kelakar giler..Semua orang tensen pada masa nie..Aku pun turut sama hingga hampir nak bergaduh dengan budak pompuan yang kejab2 berhenti yang memyebabkan perjalanan kami kerap terhenti dan tergendala..Maklum laa..Semua orang penat..Dan aku pulak hanyalah insan biasa yang lemah..Tak terlepas dari tensen dan marah....Kiterorang sampai ke Teluk Penyalang dalam pukul 7.00 malam..Badan penat tu tak usah nak cakap laa..Lepas tu tak sempat nak rehat...Kena lak carik kayu api..Pasang khemah dan masak untuk makan malam...Kawasan kat sini kat area tepi tasik bekas lombong..Emm..Nak berak memang susah laa kat sini..Kalau nak basuh berak..Kena pakai baby wipes..Akekeke..Rasa macam budak2 kecik laakk...Lepas selesai makan malam...Ada laa pulak aktiviti meluahkan perasaan berkaitan perjalanan XPDC tu tadi...Hehehehe....Aku ada laa jugak terkena...Iye laa...Sapa makan cili dia yang terasa pedas..Tapi aku ada reason aku sendiri demi mempertahankan perbuatan aku tu...Aku tetap berpegang pada prinsip aku...”Kalau kita baik..Tapi kalau orang anggap kita jahat..Lama2 orang akan tahu kita nie baik...Dan sebaliknya...Cuma masa yang menentukan segalanya...Oh ya..Masa XPDC nie..Kiterorang dapat makanan yang terlazat didunia...Tu semua kawan2 bersetuju dengan aku...Emm..Biskut Bergula Muchy’s...Best sgt...Kalau cicah air teh o panas..Lagi best...akekekekke....Patut laa ramai senior2 PTD yang cakap biskut tu laa yang paling best masa OBS nie...Memang best..Aku tak nafikan....Hehehehehe....

8 Mei 2008

Pagi nie jam 8.30 pagi bertolak balik dari Teluk Penyalang ke OBML..Tapi XPDC nie dinamakan 4 Peak..Emm..Penat giler..Nasib baik aku jadi Parang Man..Boleh laa rilek2 skit sambil tunggu kawan2 lain sampai..Abih lenguh lutut, peha dan sakit gak laa belakang aku pasal bawak beg yang agak berat..Nasib baik laa stanima aku masih ok..Kalau tak..tatau laa apa nak jadi..Tapi seronok gak mendaki 4 puncak nie..Pukul 2.30 petang baru Watch aku sampai kat OBML..Lepas tu kiterorang kena basuh peralatan XPDC..Lepas tu makan roti cicah sambal bilis dan gulai ayam..Berselera aku makan..Walaupun bilis dan ayam yang dalam tin..tapi biler makan ramai2..selera pun ada..

9 Mei 2008

Pagi ni kena bangun awal..Pukul 6.00 pagi..Lepas tu macam biasa laa..Ada nyayian lagu Negara Ku dan lagu DPA..Lepas tu kiterorang buat tarian Poco2..Emm..PTD dan Poco2 nie memang tak dapat dipisahkan kot...Lepas tu kami diajar cara2 nak mengendalikan Whaler..Aku dapat tugas untuk menjaga kemudi..Antara tugas yang paling penting dalam Whaler nie..Malam pulak ada sikit taklimat untuk XPDC ke Pulai Rumbia esok pagi..Sebelum nie aku hanya mendengar jer cerita pasal Whaler nie..Skang nie baru aku dapat merasa mengendalikan Whaler...

10 Mei 2008

XPDC ke Pulau Rumbia naik Whaler bermula jam 8.30..Perghh..Penat giler kendalikan Whaler nie..Bayangkan laa..Daripada 13 orang dalam Wacth aku..Hanya tinggal 4 orang je lagi yang mampu bertahan..Yang lain ramai yang mabuk laut, pening dan muntah2..Aku pun muntah gak..Pasal perut rasa loya..Tapi aku tetap kuatkan semangat untuk sampai ke destinasi..Kami sampai kat Rumbia yang banyak Babi dalam pukul 4.00 petang setelah lebih 8 jam berkayuh..Babi kat Pualau Rumbia nie jinak giler..Nasib baik aku tak boleh pegang..Lepas tu pulak..Aku n geng dapat mandi telaga kat Pulau Rumbia nie..Dah lama aku tak mandi telaga..Malam lak aku kena wat sentri sejam pasal kena jaga makanan takut dikacau oleh Babi yang jinak tu...

11 Mei 2008

Jam 8.00 pagi kami bertolak dari Pulau Rumbia ke OBML..Tapi perjalanan balik kali nie ok laa skit..Pasal tak ramai member yang muntah..XPDC kali nie gak aku berpeluang rasa Whaler sailing..Maklum laa..Ada angin skit..So takder laa penat sangat berkayuh Whaler nie...Kiterorang sampai kat OBML jam 2.00 petang..Sesungguhnya..pengalaman mengendalikan Whaler nie sangat2 mencabar..dan satu memori yang sangat indah..

12 Mei 2008

Pagi nie ada jogathon antara watch..Kena dari kat laluan jalan biasa dan laluan dalam hutan yang berbukit...Larian nie dalam 7 km..Aku ok je...Sbb stanima tengah dalam keadaan terbaik kot..Penat2 tu penat laa..Tapi masih dalam keadaan terkawal...Lepas abih larian, ada pulak xtvt Rock Climbing..Penat dan mencabar sangat...Aku yang jenis gayat nie cuak jugak..Tapi biasa laa..Hero akan berjaya juga akhirnya...Kira skang nie aku bergelar Rock Climber laa...Akekkekeke...Sebelah petang pulak...ada xtvt rafting..Rafting nie mencabar gak..Sbb kena pandai susun tong2, batang PVC dan kena pandai ikat...Tapi tu laa...Tong tak boleh nak diikat pada batang PVC tu..Pasal tali tak cukup..Tapi hasil kreativiti aku yang jadi engineer nya..Akhirnya Wacth aku berjaya mengharungi cabaran rafting nie tanpa pecah dan karam...

13 Mei 2008

Ari nie bermula laa xtvt Solo Camping...Tapi sebelum xtvt Solo Camping ada buat Hot Seat dulu..Aku takder laa nak complen pasal orang lain..Pasal aku pun bukan baik sangat pun..Lebih baik aku play safe jerr..Akekekekke... (lagipun hanya aku yang tahu tentang diri aku)...Dalam pukul 12.00 tghari aku n geng2 yang lain masuk hutan untuk solo camping...Best giler..Kena masak sendiri..Pasang khemah sendiri..Aku sikit pun tak takut..Lagipun aku dapat tempat D11..Tempat yang best dengan view yang cantik...Tapi monyet punya laa banyakk..Nasib baik monyet tu tak curi makanan aku..Kalau tak..Tatau laa..Lepas masak aku carik aku api untuk dibuat unggun api..Maklum laa..dalam hutan kalau takder unggun api kang bahaya lakk..Maklum laa..Binatang buas banyak..Aku takder laa tido sangat pun..Aku merayau je dalam hutan sensorang..Macam Rambo la katakan...Tapi yang tak bestnya..Ada sampai 5 kali cirit..Cilakak betul...Nasib baik laa aku bawak baby wipes..Hahahaha..Rasa jadi macam baby lak basuh berak pakai baby wipes...Lepas tu aku lepak ngan Lan Gebu n Najib..Sambil joget2 kat dalam hutan..Maklum laa..Aku pakai baju,sarung tangan macam Micheal Jackson..Bukan apa..sbb nyamuk n serangga berbahaya banyak sangat...Akekekek..Lepas tu aku merayau lagi..Emm..Ada yang nangis..Ada yang mengaji dalam hutan..Emm...Tau pun takut..Nasib baik aku tak usik diorang...Kalau tak mesti ada yang pengsan ketakutan...akekekkekekeee....

14 Mei 2008

Pukul 2 lebih baru aku tido kat dalam khemah sorang2...Pukul 5.30 pagi aku dah bangun..Tido tak lena sangat pasal banyak nyamuk..Pasang 2 ubat nyamuk n pakai insect repellent pun tak bawak hasil..Cilakak punya nyamuk...Lepas tu aku merayau lagi dalam hutan nie sambil kejutkan member2 lain dari tido...Pukul 7.30 pagi kiterorg keluar dari hutan balik ke OBML...Petang pulak kiterorang berlatih kayak..Best gak naik kayak nie..Laju dari Whaler kalau time berkayuh nie..Aku patner dengan ayu..Orang besi masa kayuh Whaler ari tu...Aku tabik betul ngan ayu nie..Nampak je lembik..Tapi kuat rupanya...Malam lak ada taklimat pasal XPDC berkayak untuk esok ari...

15 Mei 2008

Lebih kurang pukul 9 pagi bermula la XPDC dari OBML menggelilingi Pulau Pangkor..Mula2 tu memang best laaa..Emm...Aku ditugaskan untuk menjadi Right Flanker...Emm..Group sebelum nie berkayuh 5 jam..So.Aku rasa macam ok laa..Tapi rupanya ianya menjadi satu mimpi ngeri bagi Group XPDC kali nie..Sepanjang perjalanan kami terpaksa melawan arus..Aku yang kepenatan tatau dah buat apa untuk motivasi diri..Dah abih lagu aku nyanyi..Dah abih kamus maki hamun aku hamburkan pasal kepenatan..Tapi..Tak sampai2 jugak..Lepas melawan arus yang sangat deras kat Teluk Tengkorak (orang panggil Teluk Malaikat Maut)..Perasaan takut tu memang ada laa semasa melalui Teluk nie..Tapi aku dan ayu kuatkan semangat..Aku yang mendahului daripada geng2 lain semasa melalui teluk nie..Aku perahkan segala kudrat yang ada untuk melepasi teluk ni..Sbb banyak cerita yang aku dengar pasal teluk nie...Lepas tu aku rasa macam nak pengsan dahh..dah laa dalam kayak nie sempit..Abih lenguh giler aku...Akhirnya group aku sampai kat tapak perkhemahan dalam pukul 6.15 petang setelah lebih 9 jam berkayuh..Sampai je aku terus terajang kayak aku..Emm..Cian kat kayak tu..Apa laa dosa dia pada aku..Akekekekeke..Masa nie laa aku rasa perkara yang paling aku benci dalam dunia nie adalah berkayak...Lepas tu macam biasa laa..Kena pasang khemah dan memasak..Arghhh..Esok pagi kena balik OBML dengan berkayak lagi....Arrghhhh..Tensen betul aku...

16 Mei 2008

Jam 9 pagi group bertolak dari tapak perkhemahan ke OBML..Kali nie laluannya jauh lebih dekat lagi...Emm..Kami sampai kat sana dalam pukul 9.40..Emm..kali nie kami amik masa 40 minit jer untuk berkayuh...Emm..Kali nie aku rasa best pulak berkayak nie..Hahahahah...So biler sampai kat OBML..Lega laa aku rasa..Kira semua xtvt berXPDC dan abih..Esok kami dapat balik..Apa yang aku paling tak sabar untuk dapatkan henpon aku..rokok..duit..Dah 2 minggu aku tatau tentang perkembangan dunia luar..Yang paling aku rindu tentang berita anak dan isteri aku...I want my life back..Malam lak macam biasa laa..Biler malam last nie..ada laa majlis BBQ..ada persembahan dan makan2...Setiap watch kena buat persembahan masing2..Aku macam biasa laa..Mesti amik bahagian punya...

17 Mei 2008

Pagi nie aku bangun awal..Bukan apa..Sbb ari nie kiterorang boleh balik ke dunia luar..Yang masa aku terasa sangat..Masa nak tunggu dapatkan henpon dan barangan aku yang lain..Terasa macam banduan yang baru nak dibebaskan..Tetiba je airmata aku bergenang...Lepas tu aku call isteri aku..Biler dapat berita yang anak aku dah tumbuh gigi yang ke 7..airmata aku terus mengalir laju..Banyak perkara yang aku tertinggal semasa aku kat OBML nie...Lepas tu Instructur aku bagi Colar Badge kat geng2 group aku..Masa ne laa aku rasa macam nak nangis lagi biler Cikgu nazim cakap yang semua kenangan kiterorang ada pada colar badge nie..Benda tu memang laa kecik..Tapi meninggalkan kesan dan memori yang amat mendalam bagi aku..

18 Mei 2008

Emm...Ari nie aku balik ke terengganu..Semalam aku mintak tolong Anuar Roomate aku belikan..Nasib baik tiket ada lagi...Tapi kali nie aku balik naik bas laa..Sbb tiket flight dah abih..Emm..Dah lama aku tak naik bas dari KL ke Trg nie...Last skali aku rasa 5 tahun lepas kot..Tapi penat giler naik bas...8 jam perjalanan..Tapi biler sampai kat trg dan jumpa anak n bini aku..Penat tu terus hilang...Rindu pada Oya dan bini aku berbalas..Emm..Oya skang nie dah byk words yang dia tahu....Aku rasa bangga sgt dengan perkembangan anak aku nie...

19 Mei 2008

Pagi nie aku macam biasa la biler balik ke trg..Bawak keluar Oya n bini aku..Gi jenjalan..Makan kat Giant..Berselera betul anak aku makan..Lepas tu macam biasa laa..Main playground dulu..Nie memang part yang tak boleh tinggal laa..Memang feveret Oya..Sebelum tu aku singgah kat umah Ummi dulu..Emm..petang lak aku keluar lagi ngan Oya n bini aku..Gi main playground kat pantai teluk ketapang..Yang paling Oya suka main buaian..Kecik2 pun dah pandai memilih...Aku sayang sgt ngan Oya n bini aku..Aku sayang keluarga aku...Lepas tu aku gi beli keropok..Maklum laa..Ramai member nak makan keropok..Malam nie macam biasa laa aku..Nak kena balik ke INTENGAH dahh...Emm..Sedih sgt sbb tatau laa bila lagi aku boleh balik ke trg plakk..Masa sampai kat LCCT, Otai tolong amik aku kat airpot...

20 Mei 2008

Ari nie bermula Modul Komunikasi Berkesan (Bahasa Malaysia)...Pagi ada kelas macam biasa laa..Tapi tu laa..Biler kena gi ke Intan Kiara..Kena laa bawak beg yang ada kasut, baju sukan, dan baju batik...Nasib baik boleh tumpang bilik Azam...Emm..Ari nie gak aku baru dapat pelepasan daripada Puan Fazni berkaitan Book Riview yang akan dihantar pada 13 Jun 2008 nie..Tu pun hampir 10 buah buku yang aku bawa kena reject...Emm..Tapi yang tak best ari nie ada Pembubaran Penghulu dan Exco DPA nie..Lepas tu yang lagi tak best...Aku dipilih untuk menjadi Exco Kesenian dan Kebudayaan..Iskk..Dah laa Pertandingan sukan Tenis pada sabtu nie aku apa pun tak buat lagi...Nie tambah lagi satu kejer pulak..Emm..Rasa macam tak berdaya..Tapi suka atau tak..Biler amanah diberikan, aku mesti jalankan tanggungjawab aku dengan baik...Tetiba kerja datang bertalu2..Arghh..Tensen tu memang tensen laa..Tapi..Apa aku boleh buat..Aku cuma berharap agar member2 lain memberikan sokongan kat aku...Malam lak ada Majlis Protokol daripada Sidang B dengan mengadakan majlis perkahwinan olok2 mengikut adat dan kebudayaan pelbagai bangsa.

21 Mei 2008

Ari nie pagi kelas macam biasa..Tapi aku tak dapat tumpukan pada kelas sbb sibuk berbincang dengan ayu n gee berkenaan Program Kebudayaan yang bakal dibuat..Tu yang aku malas nak jadi Exco nie...Kejer banyak..Tapi nasib baik ada kawan2 yang sanggup membantu aku...Kalau tak..Boleh blur agaknya...Petang lak ada kelas vokal..Emm..Dah lama takde kelas nie..Dekat sebulan takder...Skill nak nyanyi koir pun dah hilang dan perlu digilapkan semula..Malam takder aper xtvt UDPA tapi kena siapkan assingment berkaitan Mesyuarat...Esok nak kena anto pulak....

22 Mei 2008

Pagi nie ada kelas macam biasa..Petang pun cengitu gak..Pukul 5.30 petang ada lawan bola antara sidang yang tak abih2 lagi..Sidang lama aku Sidang F lawan ngan Sidang D..Emm...Sidang aku kalah lagi..2-4...Tapi takder laa main sungguh2 pun..Cuma main suka2..Maklum laa..Dua2 team dah tak boleh ke final..Malam lak ada ceramah Kewangan Islam yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian..Malam nie aku penat sanggat..Arghhhh...Ngantuk..Aku tido awal ari nie...

23 Mei 2008

Pagi nie aku tak pegi kelas..Sbb ada meting EXCO yang baru dengan Pengarah Kursus DPA..Emm..Start meting dari jam 9.00 pagi..Abih meting jam 12.15..Penat aku dibuatnya...Nie laa yang aku tak suka jadi EXCO nie..Tapi apa boleh buat..Dah orang bagi kepercayaan pada aku..Kena laa aku jadi bertanggungjawab skit...Aku masuk kelas sebelah petang jer..Lepas abih kelas aku kena present proposal yang aku, ayu n gee buat kat Tuan Ali dan Tuan Rozainor..Emm..Alhamdulilah..Apa yang aku cadangkan telah dipersetujui..Legaaa...Lepas abih presentation proposal..Ada meting lagi..huhuhuhu... Penatnya aku rasa..Lepas balik bilik kat INTENGAH..Aku terus tertido..Besar tanggunggjawab aku menerajui EXCO Kebudayaan nie...

24 Mei 2008

Pagi nie nasib baik takde perlawanan tenis..Cuma digantikan dengan latihan biasa jerr...Perlawanan sukan tennis UDPA ditunda..Lega..Kalau tak masak laa aku..Aku tak sempat nak buat persiapan..Maklum laa.Aku sibuk sangat...Lepas abih sukan UDPA nie..Aku balik kat INTENGAH..Lepas tu aku tertido..Penat giler..Malam lak aku siapkan assingment Book Review..Perghh..Tak sangka lak aku boleh siapkan assingment nie sendiri..Sebelum tu aku siapkan tugasan penulisan Surat dan Memo..Pasal book review nie aku siapkan sampai pukul 3.30 pagi...Maknanya English aku ok laa kot..Akekeeke..Tapi aku tatau laa orang yang membacanya boleh faham ke tak..Yang penting bagi aku..Aku faham biler aku baca..Lega dapat siapkan tugasan aku nie..Tak laa lepas balik dari Modul Bomba nanti aku kelam kabut sangat...

25 Mei 2008

Hari nie aku tak buat apa pun..Nak keluar tapi badan penat..Maklum laa..Semalam tido lewat pasal siapkan assingment Book Review.. Cuma buat persiapan pakaian dan apa yang patut untuk ke Modul Bomba esok..Nie Modul Luar yang last..Lepas nie takder la lagi Modul Luar..

26 Mei 2008

Pagi dalam jam 8.30 pagi bertolak ke Akedemi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM) di Kuala Kubu Baru, Selangor. Kiterorang sampai kat sana dalam jam 1.30 tghari. Lepas tu macam biasa laa..Amik pakaian dan kena potong rambut. Rambut aku baru nak panjang..Nie dah botak balik laa.Huhuhu..Lepas tu kena register untuk tempat penginapan..Aku sebilik ngan arip n najib..Nie geng Cassko laa..(geng isap rokok)...Bilik aku nie jadi port untuk perokok2 tegar yang lain..Sebelah petang biasa laa...Ada pembahagian kumpulan dan sedikit taklimat...Malam lak macam biasa gak..Ada penerangan tentang FRAM nie...Esok ada banyak aktiviti..Tapi apa yang aku tahu aktiviti di FRAM nie mesti memerlukan mental dan fizikal yang kuat..

27 Mei 2008

Pagi nie ada pembelajaran pertama mengenai aktiviti kebombaan ini..Iaitu belajar peralatan asas untuk memadam api..Lepas tu kami diajar guna Breathing Apparatus (BA)..Emm..Baru aku tau bahawa angin yang dikompreskan akan menjadi sejuk..Best rasanya..Macam aircond..Lepas tu kami semua kena masuk bilik gelap..Memang gelap giler laa..Nie kira macam untuk main games laa..Kumpulan aku kena cari jalan keluar dari bilik tersebut..Dalam keadaan gelap dan gelita..Kami jadi macam orang buta..Tapi nie laa kenangan paling best skali..Hehehehe...Lepas berjaya keluar dari bilik tersebut kami kena pulak buat crawling,pumping dan PT 10..Perghh..Penat giler..Dah laa kena galas BA yang agak berat tu..Tapi hero biasa laa..Kena positif sokmo..Memang laa anggota bomba kena ada ketahanan fizikal yang kuat..Maklum laa..Semua peralatan yang digunakan berat2 belaka...Sebelah petang lak aku ada aktiviti skuba diving..Nie laa kali pertama dalam hidup aku dapat skuba..Best giler...Bukan susah sgt nak skuba nie..Tapi dalam tak susah tu laa ada 2-3 orang budak pompuan nangis...Hehehehe..Nasib baik laa budak2 group aku nie memang kepala best..Kiterorang buat Ombak untuk bagi semangat kat bdk2 pompuan yang lemah semangat tu..Akhirnya..Emm..Biasa laa..Mesti laa ending nyer jadi bestt..Akekekkeke....Malam lak biasa laa..Ada ceramah jer....

28 Mei 2008

Pagi nie ada pembelajaran mengenai cara2 menyelamat didataran..Emm..Bukan susah sgt..Tapi kena ada teknik yang betul laa..Lepas tu lak ada pembelajaran mengenai kaedah memadam api dengan betul..Emm..Nak padam api pun kena ada cara yerr??tu laa..Sebelum nie aku main hentam jer..Huhuhu..Lepas tu pulak ada aktiviti SEWER..XTVT nie memang memerlukan mental dan fizikal yang kuat..Maklum laa..Kena galas BA sambil kena merangkak untuk bergerak dalam terowong yang sempit tu..Emm..Dah laa jarak nya agak jauh..Dalam SEWER nie sangat gelap dan panas...Huuu..Kalau aku tak sabar..Maunya aku keluar jer dari SEWER nie..Dah laa aku kena jalan yang hadapan skali..Panik tu tak usah nak cakap laa..Tapi hero biasanya..Takkan nak menyerah..Nanti kena kutuk..Akkekekekek...Lepas tu sebelah petang ada xtvt Kawad Operasi Pam..Tapi aku hanya sempat belajar jer..Tak boleh nak buat xtvt tu pasal hujan lebat..Lagipun petir dan guruh sambar menyambar...Kalau tak kansel kang..Nanti ada yang rentung...Hahahaha..Pukul 5 hujan dah berhenti..So ada perlawanan bolasepak antara DPA lawan dengan Jurulatih Bomba..Aku main 2nd half jer..Tp biasa laa..PTD nie memang kuat semangat kesukanan..So kami bagi laa Jurulatih memang..2-5..Huhuhu...Malam lak ada ceramah mengenai Undang2 Kebombaan...

29 Mei 2008

Pagi nie kena buat Latihan Jasmani..Teruk jugak ngan latihan nie..Kaki aku rasa lain macam jer..Sakit dan tak selesa..Latihan nie memang perlukan fizikal yang lasak..Bagus jugak untuk tingkatkan stamina aku..Lepas tu ada Rope Resque..Kena repelling dari tingkat 5..Mula2 tu takut gak...Tapi masa buat tu rasa seronok giler..Sebelah petang ada Offensive Indoor Fire Fighting (OIFF)..Kami semua kena padamkan api dalam kontena..Memang panas giler..Suhu dalam kontena tu dalam lingkungan 700-1000 darjah celsius..Panas giler...Kami diajar cara yang betul untuk padamkan api dalam kontena tu..Bahaya tu memang sgt bahaya..Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar...Lepas tu pulak ada xtvt oil spill..Nie satu xtvt yang paling mencabar dalam xtvt Bomba..Kami diajar cara nak padamkan api jika berlaku tumpahan minyak..Aku jadi Attacking Left.Satu tugas yang sangat penting dalam memadamkan api..Aku jadi pemegang nozel yang paling hadapan skali..Panas giler..Api kat depan mata aku...So kami diajar untuk buat shield dengan menggunakan air dari nozel..Memang aku rasa sgt teruja pada masa tu..Pengalaman ini takkan aku dapat didunia luar..Aku juga diajar untuk mengalihkan api..Lepas padamkan api tu..Aku rasa sgt bangga..Terasa macam jadi Hero pulak..Semuanya berjalan dengan lancar..Ahli kumpulan aku semua selamat dari kecederaan...Malam lak macam biasa laa..Ada ceramah yang bertajuk MKN 20...
30 Mei 2008

Pagi nie macam biasa laa..Ada senamrobik dan poco2..Biasa laa..Untuk jaga stamina..Lepas tu ada belajar usungan iaitu cara2 untuk angkat mangsa yang cedera dengan menggunakan pengusung..Sebelah petang lak ada kembara jati...Kena jalan ke Pasir Putih Resort sambil bawak Hose yang seberat 20 kg..Penat tu memang tak usah nak cakap laa..Dah laa kena jalan hampir 3 km..Huhuhu..Kaki aku makin sakit..Lepas sampai aku kena pasang khemah solo dan masak pakai ration..Lepas makan ada xtvt ice breaking..Kami semua kena wat persembahan.Biasa laa..Untuk menghiburkan hati para jurulatih..Lepas tu dalam kul 12 mlm ada night confident..Kami kena jalan sorang diri dalam hutan sejauh 3 km..Aku takde laa takut sgt..Biasa laa..Rambo..Maintan sokmo..Tapi yang tak tahan tu kaki aku makin sakit...Ubat aku dah makan tapi kaki masih sakit..Harap2 takder apa yang teruk berlaku...

31 Mei 2008

Kaki aku makin teruk..Bengkak giler..Tak tahu kenapa..Tapi aku tak nak ketinggalan semua xtvt di Modul Bomba nie..Pagi lepas sarapan ada xtvt Kawad Operasi Pemadaman Api..Walaupun kaki aku sakit giler tapi aku masih bersemangat nak buat semua tu..Aku taknak jadikan sakit kaki aku nie sebagai alasan taknak join xtvt..Rugi...Masa semangat tengah naik tu..Tetiba sakit kaki aku tu hilang dan tak terasa..Biler selesai jer xtvt tu..etiba kaki aku jadi sakit giler..Sakit sampai aku terkeluar airmata...Huhuhuhu...Lepas tu sambung lagi ngan xtvt river crossing dan flying fox..Walaupun masih sakit..Tapi aku tetap maintain buat semua xtvt tu..Aku taknak ketinggalan...Selesai semua xtvt aku balik ke FRAM Kuala Kubu Baru..Aku tetap join kawan2 jalan kaki walaupun jalan terhencut2..

1 Jun 2008

Pagi nie ada taklimat mengenai Disaster..Tapi aku tak boleh join ke kelas pasal kaki aku makin teruk..So aku kena lepak kat bilik jer..Petang tu aku ke Klinik..Doktor suspek aku kena Gout..Huhuhuhu..Lepas kena satu injection..Sakit tu hilang tapi masih bengkak..Takpe laa..At least aku boleh join semua xtvt Bomba nie..Sebelah petang sampai malam takder dah xtvt..So aku bleh laa rehat skit..Nasib baik..

2 Jun 2008

Pagi nie kami semua kena hantar semua peralatan perkhemahan tu..Lepas tu ada belajar Road Traffik Accident (RTA)..Aku berpeluang untuk menggunakan peralatan tersebut untuk membuka pintu kereta dengan menggunakan gerudi..Berat giler gerudi tu..Sebelah petang lak ada xtvt gas fire..Iaitu cara nak padamkan api dari gas..Tapi ia tak laa mencabar sgt macam oil spill tu...So aku bagi chance kat orang lain untuk berada didepan..Lagipun api kat gas nie kecik jer...Hehehehe...Sebelah petang lak ada HAZMAT..Emm..Baju HAZMAT nie memang mahal giler..Baju HAZMAT nie digunakan untuk xtvt yang melibatkan kebocoran bahan kimia..Jadi ala2 angkasawan laa..Dah laa baju nie berat giler..Satu lagi baju HAZMAT nie mahal giler..Boleh beli kereta kancil..Malam lak ada Ujian Kefahaman Bomba..Emm..Boleh laa buat walaupun aku tak sempat nak study...Hehehehe...

3 Jun 2008

Pagi ada lawatan ke Balai Bomba Petaling Jaya dan biasa laa..Ada sikit taklimat mengenai kebombaan nie..Cuma yang best skit tu ada lawatan ke Bukit Bintang Plaza untuk belajar mengenai peralatan keselamatan dibangunan2..Emm..Skang nie baru aku tahu tujuan sprinkler tu dan banyak laa benda..Kira kalau ada kebakaran kat bangunan tinggi..Aku tau laa nak buat camner..Bagus laa jadi PTD nie..Banyak benda baru yang aku belajar..Dalam kul 5 petang kami semua balik ke FRAM Kuala Kubu Baru..Ari nie yang paling best bermula pukul 11 mlm..Ada road call..Biler ada bunyi wisel..Kami semua kena turun dengan pakaian lengkap kurang dari 3 minit..Kelam kabut kami semua..Lepas tu kena tukar pakaian pejabat dalam masa 3 minit..Lepas tu tukar lagi pakaian sukan dalam masa kurang dari 3 minit..Kelakar giler aku rasa masa tu...Lepas tu kena tukar lagi skali baju celoreng...Huhuhu..Penat giler kena turun naik tangga..Masa road call tu aku ditugaskan untuk jadi Resque..Suasana pada masa tu memang macam suasana kebakaran betul2..Memang kelam kabut...Tapi semuanya berjalan lancar hasil kerjasama kami semua..XTVT roadcall tu abih jam 3 pagi..

4 Jun 2008

Sebelah pagi ada buat post mortem bagi xtvt road call semalam..Lepas tu kami diberi penerangan mengenai Disaster Management dan membuat penilaian mengenai Modul Bomba nie..Memang semuanya bagus..Lepas tu ada taklimat mengenai makan beradat untuk Mess nite..Petang lak ada buat reahersal untuk malam persembahan..Malam biasa laa..Mess nite..Orang lain makan Chicken Chop..Tapi aku makan Fsh n Chip jer..Maklum laa..Kena berpantang skit..Kang tak pasal2 kaki aku jadi makin teruk...Malam persembahan nie aku tak buat aper2 pun...Ingat nak karaoke tapi masa pulak tak mengizinkan..Takpe laa..Lain kali laa aku nyanyi..

5 Jun 2008

Ari nie dah tamat laa Modul Bomba nie...Dan dalam pukul 10 pagi kami semua bertolak balik ke INTENGAH...Semua Modul Luar dah abih...Syukur..Semua aktiviti aku dah berjaya lalui dengan baik dan cemerlang..Aku bangga betul dapat jadi PTD nie..Semua benda boleh kami buat..Bagi laa apa jua cabaran..Insyaallah..Kami akan lakukan..Kami akan buat yang terbaik..Aku sampai kat INTENGAH dalam pukul 1 petang..Lepas tu aku kuar ke Mid Valley..Hehehehe..Lepas tu aku tgk wayang citer Amazing Grace..Dah lama aku tak tgk wayang..Tapi yang lawaknya..Citer tu aku langsung tak faham..Kelakar giler...

6 Jun 2008

Pagi nie kami semua kena gi ke INTAN Kiara..Emm..Ingatkan dah boleh rilek..Tapi kami semua kena buat assingment 6 muka surat mengenai Modul Bomba nie..Nasib baik laa aku boleh siapkan assingment tu..Petang dah abih semua kerja aku boleh balik dah..Kali nie aku tak balik ke INTENGAH..Tapi aku boleh balik ke Terengganu..Yahooo...Tapi yang thrill nyer aku nasib baik giler..kalau terlewat seminit...Mesti aku kena tinggal ngan kapal terbang...Otai yang hantarkan aku ke LCCT..Lepas laa rindu kat anak kesayangan n isteri aku....

7 Jun 2008

Ari nie aku bangun awal..Lepas tu bawak Oya n Isteri aku jalan2..Dah lama tak kuar jalan2 cenggini..Pergi Giant.Lepas tu gi makan2..Gi pantai...Lepas tu aku gi umah Ummi..Umah Tokki..Umah Woh..Biasa laa..Aku kena cover semua rindu aku untuk keluarga aku..Maklum laa..Dah lama tak jumper...

8 Jun 2008

Ari nie pun aku bangun pagi gak..Biasa laa..Gi jalan2..Aku gi umah Cu..Aku lepak kat umah Cu ari nie..Lepas lunch baru aku balik...Lepas tu aku gi jalan kat pantai..Bawak Oya main playground..Lepas tu aku gi beli keropok..Maklum laa..Malam nie dah nak balik ke KL..So macam biasa laa..Aku kena bawak balik ole2 dari trg untuk kawan2..Aku balik ke KL pukul 9 mlm..Sedih tu memang laa sedih...Tapi apa buleh aku buat lagi..Ini jer pengorbanan aku..Sampai kat KL Otai amik aku kat LCCT...

9 Jun 2008

Ari nie bermula la kelas Modul Komunikasi dan Persembahan Berkesan ICT. Kena belajar balik Powerpoint dan Excel...Emm...Kelas dari pagi sampai petang..Biasa laa..Tapi ari nie aku gi ke kelas pakai selipar jer..Maklum laa..Kaki aku masih lagi sakit...Sebelah petang lak aku ada meting ngan Tuan Ali dan Ajk Kebudayaan..Emm..Banyak gak program yang aku kena aturkan..Nasib baik member2 ramai yang support..Malam lak ada ceramah berkaitan Kewangan Islam..Huishh..Penatnya badan aku malam nie...

10 Jun 2008

Ari kelas macam biasa laa..Dari pagi sampai petang...Penat gak laa aku..Dah laa semenjak dua nie badan aku tak braper sihat...Lepas tu ada lak PT kat DSG..Nasib baik tak kena jogging...Malam lak ada majlis Persembahan Protokol daripada Sidang A..Aku paling seronok pasal dapat bergambar ngan Pelakon Veteran Dato’ Aziz Sattar.

11 Jun 2008

Pagi nie kelas macam biasa..Cuma sebelah petang ada Ujian Excel..Nasib baik boleh buat..Tu pun sbb ayu yang tolong aku..Akekekkeke...Lepas tu biasa laa..Ada kelas vokal aku..Cikgu tu cakap nanti ada exam pasal vokal nie..Emm..Best gak..Aku mesti nyanyi punya...Malam lak ada aktiviti daripada Exco Protokol..Cara2 nak jadi bagus untuk buat public speaking...Boleh tahan laa speaker nie..Kira aku dapat laa ilmu walaupun tak banyak..Lagipun skang nie aku slalu gak cakap omputih....

12 Jun 2008

Ari nie pagi takder kelas..Cuma ada ujian ISAC jer..Emm..Soklan tu takder laa susah sangat..Kira boleh laa kalau nak lulus dan dapatkan sijil..Lepas tu aku lepak je laa kat dalam kelas nie..Sbb semua assingment dah settle..Lega daripada serabut kepala...Tu laa kelebihan kalau siapkan assingment cepat2..Lagipun memang aku tak suka buat kejer last minit...Malam lak ada ceramah agama..Ustaz Farid Ravi yang bagi ceramah yang tajuknya SEMUT...

13 Jun 2008

Pagi nie ada kelas terakhir untuk Modul Komunikasi Berkesan ICT nie..Ari nie aku belajar Microsoft Access..Tapi sbb ada masalah teknikal..Kelas tu ada masalah skit..Biler dah tertinggal je aku hilang laa mood nak belajar..Takpe laa..Nanti aku belajar ngan kawan2 yang terer...Malam lak ada Ceramah dari Biro Alam Sekitar..Minggu nie laa paling tensen..Kelas dari pagi sampai malam..Nak rehat pun tak cukup...Penat tu tak usah nak cakap laa..Tapi biasa laa..PTD kena selalu bersedia dengan keadaan macam nie..Nanti biler dah bertugas kat jabatan masing2 mungkin lagi teruk kena..So aku kena bersedia all the time...

14 Jun 2008

Ari nie ada sukan UDPA.Biasa laa..Aku main tennis..Aku lawan ngan team lain..Hero biasa laa..Kalau dah terer tu mesti laa menang..Hehehehehe...Petang lak aku kuar gi KLCC..Boring punyer hal..Aku layan laa citer Indiana Jones..Best laa jugak..Malam baru aku balik ke INTENGAH...

15 Jun 2008

Ari nie Father’s Day..Wife aku jadi wakil untuk Oya wish aku..TQ so much..Tapi aku sedih laa skit...Maklum laa..Walaupun aku ada ayah..Tapi macam takder..Takper laa..Sebagai papa mithali..Aku akan jaga anak aku tu baik2...Ari nie aku kuar kat SOGO..Tapi aku tak beli apa2 pun..Just jalan2 jer..Lepas tu gi kat jalan TAR..Penat tu penat laa..Tapi best punya pasal curfew baru aku balik..

16 Jun 2008

Ari nie start kelas Modul Kewangan..Emm...Modul nie kalau nak diikutkan budak2 batch lepas..Ramai yang fail..Iskk..Cuak jugak aku..Tapi takper..Nanti aku konsentrate laa kat dalam kelas..Malam lak ada kelas kerohanian..Belajar pasal surah yang aku kena hafal nanti..Iskk..Surah ABASA..Emm..May be minggu depan aku kena ujian hafal surah ABASA, Al-A’LAA dan surah AD-DHUHAA...

17 Jun 2008

Pagi nie macam biasa laa..Ada kelas dari pagi sampai petang..Lepas tu kena swimming lak..Aku tak berenang..Aku bimbang laa..Kalau berenang malam2 gini..Kang tak pasal2 aku demam lak kang..So aku pegi Gym je laa..Saje nak buat ada 6 Pax..Lepas tu aku main ping pong...Best laa jugak..Hehehehe...

18 Jun 2008

Pagi nie seperti biasa aje..Ada kelas je laa..Abih kelas je aku gi jalan2 kat midvalley..Lepas tu john ajak tgk wayang citer Prom Night..Citer tu bagi aku tak best sgt laa...Suspen je banyak..Buat aku terkejut jerr...Hehehehe..Aku nie dah laa memang jenis cepat terkejut...

19 Jun 2008

Ari nie ada kelas laa macam biasa..Cuma lepas kelas aku, zul, ayu n marina gi umah marina kat Gombak untuk amik barang bagi persiapan Program Wayang Pacak esok..Lepas tu singgah kat umah Zul kat Shah Alam..

20 Jun 2008

Ari nie kelas macam biasa gak laa..Dari pagi sampai petang..Abis je kelas aku terus ke DSG..Untuk buat persiapan Program Wayang Pacak..Ni kira Program sulong aku laa sebagai EXCO Kebudayaan..Cuak gak aku.. Penatnya tak usah nak cakap laa..Semua kena buat ari nie..Kena adjust dewan..Kena buat rehearsal dan macam2 lagi... Lagipun masa rehearsal memang agak kelam kabut..Maklum laa..Last minute buat persiapan..Nasib baik laa ramai kawan2 yang support..Nasib baik semua sekali berjalan dengan lancar..Cuma aku je agak blur masa buat ucapan pembukaan..Maklum laa..Aku tak sediakan teks pun..So aku main hentam je laa..Akekekekeke...Susah betul jd EXCO Kebudayaan nie..Banyak tanggungjawab.. Lepas tu aku, John n Roda gi minum kat Subang SS15..Pukul 2 baru balik ke INTENGAH..Nasib baik Pak Guard bagi masuk..Hehehehe..Kalau tak maunya aku kena tido kat luar pagar....

21 Jun 2008

Pagi nie ada sukan..Tapi kira buat aktiviti bebas laa..Ingat nak main volley ball..tapi orang ramai lak..So aku main netball jer..Emm..Best jugak rupanya main netball nie..Lepas tu balik ke INTENGAH..Emm..Petang aku kuar gi kat IKEA, The Curve..Best giler..Boring punyer hal aku gi tgk wayang citer Made Of Honour..Best giler citer nie..Malam baru aku balik ke INTENGAH...

22 Jun 2008

Pagi nie aku breakfirst kat MAHSA kolej..Lepas tu aku dah tatau nak buat apa lagi..Huhuhuhu..Boring giler duk kat INTENGAH nie..Dah laa hujan..So aku layan je tgk tv....Tensen tensen...

23 Jun 2008

Pagi nie ada kelas laa macam biasa dari pagi sampai petang..Lepas tu pulak aku ada meting ngan Tuan Ali berkaitan Post Mortem pasal Program Wayang Pacak ari tu..Banyak laa yang aku kena belajar dan hasilnya aku dah dapat pengalaman mengenai kelemahan untuk aku perbaiki bagi program yang lain nanti..Malam lak biasa laa..Ada kelas kerohanian...

24 Jun 2008

Ari biasa gak..Ada kelas macam biasa..Tapi yang seronok ari nie anak kesayangan aku datang ngan mama, opah, acik, cik la dan deq noni..Gembira sangat aku rasa..Lepas laa rindu nak jumpa anak kesayangan aku..Walaupun jumper sekejab jer..Tapi ia sudah membuat aku gembira..Kawan2 aku pun datang tgk Oya yang comel dan kiut tu..Sebelah petang kena jogging untuk jaga stamina...Lepas abih jogging aku kuar gi makan kat Hartamas ngan John n Ayu...Malam ada kelas renang..Tapi aku tak join laa..Aku Cuma main Gym jer...

25 Jun 2008

Ari nie macam biasa je la ada kelas dari pagi sampai petang..Sebelah malam free ari nie..So aku kuar makan je kat MAHSA Kolej..Ops..Ari nie aku dapat balik diary DPA aku..Emm..Puan Fazni suruh aku tulis diary aku tu dalam English..Emm..Bagus gak tu..Puan Fazni tau yang english aku tak berapa bagus..So dengan pendekatan nie laa aku boleh improve english aku..Niat aku memang laa aku nak english aku macam budak2 lain..Tu yang skang tu aku asyik cakap omputih je..Walaupun berterabur..Tapi nanti ok laa tu kot..Hehehehe...

26 Jun 2008

Ari nie takder kelas..Cuma ari nie ada presentation..Emm..Ok laa..Aku tak jadi presenter..Aku Cuma support dari belakang jer..Mulanya aku ingat nak present gak..Tapi memandangkan ilmu kewangan aku tak bagus sgt..Jadi aku tak jadi laa nak present..Apa pun kelas dari Modul Kewangan nie banyak membantu aku lebih faham tentang konsep kewangan kerajaan..

27 Jun 2008

Ari nie free skit..Bukan apa..Buat preparation nak exam sebelah petang..Lepas semayang jumaat ada exam kewangan..Soalan objektif.Tapi susah gak..Walaupun aku dah study lebih kurang..Tapi boleh laa buat..Harap2 aku tak kantoi laa..Kira kalau nak lulus tu boleh laa kot..Cuma nak score tu je yang belum tau lagi...Malam nasib baik laa minggu nie..Tak banyak sangat xtvt..So aku gi ngan geng ke Midvalley..Gi tgk wayang citer Wanted..Emm..Cite tu bagi aku boleh laa..Tapi takder laa sebest citer Made Of Honour..Aku balik lewat gak..Kul 12 lebih..Nasib baik Pak Guard boleh kautim..Kalau tak..Mesti kena STS..Hehehehhe...Lagi pun bukan salah aku..Salah wayang tu yang abih lewat..Dah laa sesat carik kereta tak jumpa..Hehehehehe...

28 Jun 2008

Pagi nie macam biasa laa..Ada sukan..Aku main netball je..Cheh..Kalah teruk..Minggu lepas team aku memang...Tapi kali nie kalah laa pulak..Dah nama sukan..Adat laa tu..Kalah atau memang..Petang plak aku gi jalan2 kat KLCC..Gi tgk KL Festival..Ni sebagai sebahagian untuk mendapatkan maklumat untuk aku sebagai EXCO Kebudayaan nie laa...Kira aku cuba dapatkan pengisian laa..Hehehehe...

29 Jun 2008

Ari nie aku n geng gi Genting Highlands.. Best..Sejuk giler..Malam baru aku balik..

30 Jun 2008

Ari nie bermula la Modul Kepimpinan, Pengurusan dan Sumber Manusia. Kelas macam biasa dari pagi sampai petang.. .Ari nie tensen laa skit..Aku gi Putrajaya untuk Temuduga Tapisan Keselamatan..Pejan yang datang amik aku..Tapi tengok2 ianya dibatalkan sbb aku masih dalam kursus..Sia2 jer aku pergi...Cheh.Ari nie ada E Prompt Two..Cuak gak..Maklum laa..Kena buat Public Speaking..Just kena pick n speak. Huh..Cuma ari nie nasib aku baik laa..Tak terpilih lagi...Hari2 yang mendatang aku tatau lagi..Kalau kena..Redah je laa..At least skang nie aku dah start training cakap english..

1 Julai 2008

Ari nie kelas macam biasa gak laa..Dari pagi sampai petang..Malam lak aku baca surah hafazan..Maklum laa ari Khamis nie ada ujian Hafazan..Kena hafaz 3 surah..Iskk..dah laa otak aku macam blur jer..Apa pun aku kena cuba dulu...

2 Julai 2008

Ari nie pun kelas macam biasa...Tapi aku terpaksa tuan satu kelas sbb mentor aku..Dr Jailani nak jumpa..Biasa laa..Dah lama tak jumpa mentor..Mentor aku dah rindu agaknya...Banyak gak yang aku dapat belajar dari mentor aku tu..Yang best mentor aku bagi satu ayat...Yesterday is a History..Today is a give and Tomorrow is Mystery..Tima kasih pada mentor aku yang banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar..Dia nak aku jadi PTD yang cemerlang..Aku takkan lupakan nasihat mentor kesayangan aku tu...Cuma sebelah petang aku kena ke ASWARA untuk latihan koir..Biasa laa..Malam lak aku kuar makan kat MAHSA..Nie kira minggu last laa aku kat INTENGAH nie..Tensen betul..Minggu depan dah nak kena pindah ke asrama KBS lak...Ari nie anak kesayangan aku kena injection untuk 1 tahun 6 bulan..Lepas tu dia demam.Risau betul aku..Saat2 macam nie aku takder lak kat sisi Oya..Cian anak manja aku tu..Aku terkilan sangat...Tapi takper..Ini pengorbanan aku untuk masa depan Oya...

3 Julai 2008

Ari biasa laa..Ada kelas sampai petang..Abih je kelas aku kena buat ujian Hafazan..Aku kena baca hafazan tu depan En.Razaimi dan En.Sopian..Nasib baik laa semuanya berjalan lancar...Soalan2 yang ditanya pun aku boleh jawab..Tapi tatau laa betul ke salah..Tapi aku dimaklumkan semua geng2 aku 6 orang nie semua lulus..Hehehehe...Malam lak biasa laa..Ada bacaan surah Yassin dan tazkirah...Ari nie wife aku cakap Oya dah ok skit..Selera makan dah ada..Lega rasanya..Baru aku ada semangat...Anak aku ari nie dah pandai cakap ayat baru..”Nak gi gak”..Emm..Oya makin pandai skang nie..Gembira aku dengarnya...Aku rasa banyak yang aku tertinggal dengan pembesaran Oya..Tapi aku kena tabah...Tabah untuk mengharungi semua ni..Cuma skang nie aku dapat tahu perkembangan Oya daripada mama melalui telefon jer..Aku hanya dapat membayangkannya sahaja..Iskkk..Iskkk...Iskkk...Sabar2..DPA hanya tinggal 2 bulan saja lagi...

4 Julai 2008

Ari nie ada kelas macam biasa laa..Cuma sebelah malam ada majlis Protokol Sidang C..Diaorang buat tajuk Tinta Nan 9 iaitu berkaitan dengan sastera negara...Ari nie ada tetamu istimewa yang datang iaitu Dato’ A.Samad Said..Nie first time aku tgk A.Samad Said secara live...Walaupun sasterawan negara nie dah dimamah usia tapi ianya tetap insan istimewa bagi aku...Aku respek betul kat A.Samad Said tu...

5 Julai 2008

Pagi Sabtu gini biasa laa..Ada sukan UDPA..Ingatkan nak buat perlawanan tenis..Tapi aku terpaksa tunda lagi..Nie dah kali ketiga perlawanan terpaksa ditunda..Tensen aku..Kali nie sbb kami terpaksa berpindah lagi..Biasa laa..DPA nie gini laa..Aku kena pindah ke KBS..Tensen laa duk sini...Takde lagi makan kat MAHSA Kolej n KFC..Arhh..Tensen aku...Penat???Emm..Biasa laa biler berpindah-randah gini..Nasib baik John ada..Aku tumpang semua barang aku dalam kereta dia..Kereta dia jadi macam sardin aku tengok..Penuh sarat...Hehehehe...Skang nie aku dapat roomate baru..John laa...Lepas pindah-randah tu..Aku kuar merayau...Mula2 aku gi laa kat Alamanda..Best gak..Dah lama tak gi sini..Lepas tu aku gi Persint 11..Ingatkan plan nak masak..Skali tu..Gas takder..Cheh..Penat je beli ayam,daging n semua benda..Buang karan betul..Alih2 kena beli lauk..Tapi ari nie best giler..All nite long...Aku tgk citer ghost..Lepas tu playing games all nite long...Penat tu memang penat laa...Ngantuk tu tak usah cakap laa..

6 Julai 2008

Semalaman tak tido..Mata ngantuk n penat..Tapi tengahari aku gi jalan2 kat CM..Dah lama aku tak gi CM...Banyak yang berubah..Aku enjoy sgt tgk brader seniman jalanan main muzik...Syok abih...Lepas tu aku gi jalan2 kat Petaling Street..Aku tak beli apa2 pun.. Aku ingat nak beli cufflink tu..Tapi baju plak takder..Huhuuhu...Lepas tu aku gi Lot 10..Tapi tu laa..Aku hanya mampu tak je semua barang2 yang ada..Nak beli duit kurang..Huhuhuhu..Aku ingat satu ari nanti aku nak gak beli baju yang boleh pakai cufflink..Tapi nanti laa..Biler duit dah banyak nanti...Malam baru aku balik ke KBS..Huishhh...Penat..Malam nie aku tido awal giler...

7 Julai 2008

Ari nie kelas macam biasa laa..Lepas kelas aku ada meting lak ngan Tuan Rozainor..Meting EXCO..Meting nie berkenaan ngan minggu sintesis lepas Minggu Penempatan Kampung..Huishhh..Penatnya aku rasa..Jadi EXCO Kebudayaan nie memang banyak kerja..Dah laa tanggungjawab aku besar...Tapi takper..Aku positif..Nie sebagai satu pembelajaran untuk aku...Aku nak jadi PTD yang seba boleh..Petang kul 6.30 baru abih meting..Skang nie aku dah tak boleh tido macam dulu lagi..Huhuhuhu..Lepas makan malam..Ada xtvt kerohanian lakk..Ada tayangan citer berkaitan dengan Teori Darwin..Tayangan entah apa entah..Aku tak paham sangat..Dah laa tayangan tu dalam bahasa Indon...Lagipun susah nak konsentrate..Badan penat dan mata ngantuk...

8 Julai 2008

Ari nie biasa laa..Kelas dari pagi sampai petang..Tapi yang tensennya aku ada 2 meting pasal Fiesta Kebudayaan..Tengahari ada meting...Lepas sukan senamrobik pun ada lagi meting..Penatnya aku rasa..Kenkadang aku rasa tensen giler...Iskk...Tapi apa yang boleh aku buat..Dah jadi tanggungjawab aku sebagai EXCO Kebudayaan..Aku kena support Pengarah Program yang dah aku lantik..Nasib baik malam nie takde apa2 program..Boleh laa rest lebih skit..

9 Julai 2008

Pagi nie kelas macam biasa gak..Dari pagi sampai petang..Abih je kelas aku ada meting berkaitan minggu sintesis di bilik xtvt DPA...Tapi aku masih sempat curi2 keluar untuk gi kelas vokal...Lagipun minggu depan ada ujian vokal..Aku tak nak tercicir..Aku kena laa perform bagus2...Meting abih dekat pukul 7..Iskk...Stress giler aku...Abih meting aku gi makan kat KESKI..Lepas tu aku terkejar2 ke DSG untuk Program Esok Masih Ada anjuran Biro Kebajikan..Ianya berkaitan penyakit kanser..Abih jer program tu..Kami diarahkan untuk buat assingment 3 muka surat..Pagi2 esok kena hantar..Nie gara2 ada sesetengah geng2 yang tak sporting masa program tu diadakan..Buat bising..Bercakap2 masa ceramah diberikan..Tensen betul aku..Tu laa..Sejak dari awal lagi aku dah syak..Mesti kena punya..Tengok2 memang betul kena..Huhuhuhuhu..Dah laa skang nie banyak kejer..Nak exam ari jumaat nie satu benda pun aku tak sempat nak baca lagi..Nie lak kena tambah ngan assingment lagi...Stress aku stress...

10 Julai 2008

Pagi nie penat laa..Pagi kena pegi ke Kiara untuk senaman pagi..Aku tumpang keter Otai..Lepas jogging 1 round aku balik ke KBS..Lepas mandi ala-ala kerbau..Aku kena pegi ke INTAN Kiara balik..Pegi ngan bas..Dah laa bas lambat sampai..Tensen abih aku..Lepas punch card aku berlari ke DSG..Huishhh..Penatnya..Lepas tu ada kelas laa macam biasa..Malam lak biasa laa kalau ari khamis..Kena baca Yassin..Malam aku bukak laa buku skit untuk preparation exam esok..Harap2 aku boleh buat laa..

11 Julai 2008

Ari nie ada exam HRM..Open Book test..Nasib baik laa aku boleh buat walaupun tak sempat nak study semua benda..Semua 5 soalan aku sempat buat..Tapi masa je tak braper nak cukup..Sampai tulisan aku jadi macam tulisan cakar ayam..Dah laa tulisan aku memang sejak dari dulu memang tak lawa..Nasib2..Abih exam aku ada meting skit untuk Take Home Test...Nie pun pening gak..Ari isnin kena submit..Emm..Dah dekat2 nak abih DPA nie aku rasa macam tertekan skit..Asyik sibuk memanjang..Rasa macam nak bernafas pun tak sempat..Nasib baik aku masih hidup lagi..Hehehehe...Lepas tu aku gi kat Hospital Tawakal ngan kereta Otai..Petang baru aku balik ke INTAN Kiara..Lepas tu aku balik ke KBS..Sempat laa tido..Aku kena banyak rehat ari nie pasal esok ada perlawanan tennis..Malam aku kuar ngan otai n john gi Uptown Damansara untuk dinner...Lepas tu aku kuar lagi ngan Arip, Pokok, John n Capang..Gi layan blues kat Planet Hollywood..Nie laa first time aku gi kat situ..Best jugak tgk live band...Kul 3 pagi baru aku balik ke KBS..Esok pagi ada lak perlawanan tenis..Habis laa aku kali nie...

12 Julai 2008

Ari nie ada perlawanan tennis UDPA..Aku main untuk Team Cicok (The Wilson)..Aku sebagai Pengarah Pertandingan pun mesti laa nak main gak..Rugi kalau tak main...Team aku champion..Biasa laa kalau hero ada walaupun aku kalah..Cuak gak masa tu..Kaki aku sakit..Tak boleh lari macam biasa...Lagipun aku tak cukup tido..Mata jadi macam rabun jer..Nasib baik laa geng2 group memang...Lega..Sebelah petang lak aku kuar n geng gi Midvalley..Aku makan Sushi King..Best jugak..Tapi ngan kelakarnya..Aku ingat nak tipu Jepun..Tapi skali aku yang kena tipu ngan Jepun...Cheh..Ingat boleh laa jimat kos..Rupanya lagi mahal..Takpe..Lain kali aku kena fikir strategi lain untuk menang lak..Hehehhehe..

13 Julai 2008

Ari nie aku n geng gi Sunway Lagoon..Tapi tempat tu takde laa sebest Genting..Buat rugi duit jerr..Dah lee ari hujan..Banyak benda yang tak boleh main...Tensen aku dibuatnya..Lepas tu aku gi jenjalan kat Sunway Piramid..Best gak window shopping...Tapi lagi best kalau aku ada banyak duit..Lepas tu gi umah John kat Shah Alam..Nak curfew baru aku balik ke KBS...

14 Julai 2008

Ari nie kelas macam biasa laa...Dari pagi sampai petang...Penat gak laa aku rasa dalam minggu2 terakhir gini...Lepas abih kelas aku kena brief Tuan Bob untuk Program Adiwarna Seni malam nie..Pukul 7.15 baru sudah briefing..Huishh..Penatnya nasib sebagai seorang EXCO Kebudayaan nie..Tapi aku seronok sangat biler Program nie mendapat pujian Tuan Ali..Tuan Ali memang susah nak bagi pujian..Kalau dia puashati baru dia puji..Tak sia2 aku lantik Ba’ayah jadi pengarah program..Dia memang boleh diharap..Sepanjang program tu aku asyik berdebar jer..Maklum laa..Takut tak menjadi..Tapi hasil kerjasama semua orang..Program tu bagi aku sangat berjaya..Aku rasa hepi sangat..Tapi untuk malam esok aku tatau lagi..Harap2 berjaya juga laa...

15 Julai 2008

Ari nie kelas macam biasa gak laa..Dari pagi sampai petang..Tapi ari nie kiter orang rasa sedih laa..Sbb ari nie ari terakhir Encik Nazmi bersama kami semua..Dia akan bertukar ke SPA..Emm..Nak buat camner..Biasa laa..PTD..Kejer mana boleh kekal untuk satu2 jabatan..Apa pun kami semua berdoa untuk Encik Nazmi..Selamat Maju Jaya..Malam lak..Ada sambungan Program Adiwarna Seni..Perghh..Kali nie Tuan Ali puji lagi...Lega aku..Aku rasa bangga sangat..Kira penat lelah selama ini terhasil laa..Terima kasih kepada rakan2 yang memberikan sokongan dan kepercayaan kepada aku nie..Cuma aku berdebar untuk tunggu malam terakhir pada ari jumaat malam nie..Harap2 semuanya berjalan lancar..Aku kalau boleh tak nak laa ari terakhir nie spoil..Kalau spoil bagi aku macam tak bermakna untuk kejayaan sebelum nie...

16 Julai 2008

Ari nie biasa gak..Ada kelas..Tapi ari nie merupakan kelas yang terakhir bagi Kursus DPA nie...Aku dah boleh merasa lega laa skit..Sbb dapat menempuhi semua kelas dan dugaan DPA yang mencabar nie..Cuma yang tinggal penempatan kampung dan minggu sintesis jer lagi..Harap2 semuanya berjalan seperti yang dirancangkan...Malam lak ada Ujian Kerohanian..Emm..Soalan ujian tu boleh tahan laa..Nasib baik aku bagi perhatian semasa kelas kerohanian selama nie..Kira aku boleh laa jugak menjawabnya..Malam nie aku kena tido awal..Sbb esok ada lawatan ke Daerah Sepang...Tapi macamaner nak tido awal...Pakaian aku banyak lagi yang tak berbasuh..Huhh..Tensennya..Dah laa kat KBS nie takder washing machine..Huishh..Penat...Penat...

17 Julai 2008

Ari nie kelas dah takder.Tapi ari nie ada lawatan berkaitan Modul PBT nie ke Daerah Sepang..Kat sana ada sedikit taklimat daripada Pejabat Tanah Dan Daerah Sepang..Lepas tu gi ke Kg.Chuchoh, Sepang untuk makan tengahari..Best sgt makan kat sini..Ada lauk ayam goreng dengan nangka..Tapi yang tambah best ada ulam pucuk ubi rebus..Makan lak ngan sambal belacan yang best..Perghhh...Lepas lunch kami singgah ke tempat tanaman ubi keledek..Lepas tu kami pegi ke tempat perusahaan IKS..Ke Kilang Rizal..Tempat perusahaan makanan berasaskan ubi..Kira ala2 Mr.Potato laaa..Aku tak beli apa2..Cuma banyak makanan laa yang aku rasa..Sampai kenyang giler..Hehehehe..Lepas abih lawatan kami pun balik ke KBS..Aku sampai kat KBS dalam kul 5 ptg..Lepas tu apa lagi..Malam nie takder kelas, so aku keluar laa merayau kat Damansara Cineleisure...Aku pi laa tgk citer Jurney To The Centre Of The Earth...Ingat nak tengok citer Batman tapi tiket dah abih lak...

18 Julai 2008

Pagi nie ada taklimat pasal penempatan kampung laa..Aku kena kat Daerah Jerantut..Saper family angkat aku tu aku tatau laa lagi..Kira nasib laa...Harap2 dapat family yang best laa...Sebelah petang lak ada Pertandingan Debat Ala Parlimen..Aku tak dapat nak tumpukan perhatian sgt pasal sibuk dengan urusan penempatan kampung nie..Banyak perkara nak diuruskan terutama nak kena siapkan soalan kajiselidik bagi penyediaan kertas kerja..Huishh..Peningnya aku rasa..Saat2 gini laa terasa sibuk dan amat meletihkan..Lepas tu sebelah malam ada Program Adiwarna Seni..Semuanya berjalan lancar..Lagipun aku amik bahagian dalam pertandingan Koir..Kumpulan aku nyanyi lagu Hazami...Lagu Mungkir Bahagia..Walaupun tak memang.Tapi aku enjoy sangat..Semua persembahan memang best..Yang paling best masa persembahan Battle Of The Band..Aku rasa sgt enjoy masa lagu I Will Survive..Kiterorang geng2 kat belakang siap dancing lagi..Hehehehe..Tapi yang tak bestnya kena marah ngan Tuan Ali..Sebab lepas VIP balik group yang menang tu buat persembahan lagi...Tapi bagi aku nie cara kami nak enjoy dan hilangkan stress...Tapi mungkin masa je yang tak berapa sesuai..Aku sebagai EXCO kena laa tanggung semua nie..Takper laa..Perkara dah jadi..So aku kena laa jadikan sebagai pengajaran...Tapi aku sgt lega sbb bagi aku Program Adiwarna Seni nie kira berjaya laa walaupun ada spoil skit..Biasa laa..Kami budak baru belajar..Kalau salah tolong tunjukkan..Tapi bagi aku..”Lebih baik kiter kena marah buat kerja daripada kiter kena marah tak buat kerja”..Nie kata2 aku Quote daripada kata2 Rizal Pokok..TQ..

19 Julai 2008

Ari nie sebelah pagi ada taklimat mengenai Penempatan Daerah oleh Tuan Saadon..Lepas tu aku balik ke KBS..Layan tido dulu..Maklum laa..Semalam aku tido lewat..Lepas tu aku kuar gi kat The Curve..Sebelum tu aku layan citer Batman dulu kat Damansara Cineleisure...Aku ada laa beli barang untuk ke kampung esok..Beli seluar, ubat gigi dan apa2 yang patut laa..Aku balik ke KBS lewat gak..Lepas tu aku kemaskan pakaian dan sebagainya untuk bawak ke kampung esok...Pukul 3 pagi baru aku tido..Arghhh..Esok dah laa kena bangun awal pulak..

20 Julai 2008

Aku bangun pukul 5.30 pagi..Lepas mandi dan pakai baju..Aku n John jalan kaki dari KBS ke Intan Kiara..Nak tumpang geng2 lain semuanya baru bangun..Lagipun bas aku bergerak awal ke Jerantut..Dalam jadual pukul 6 pagi..Penat juga laa galas beg dan bimbit beg laptop...Tapi takpe..Nie sebagai latihan untuk Penempatan Kampung..Mana laa tau kat kampung nanti aku kena angkat sawit ker..Kena potong kayu ker...Lepas taklimat bas bergerak dalam pukul 7 pagi ke Jerantut..Tetiba hati aku terasa sayu dan sedih meninggalkan INTAN Kiara nie...Sepanjang perjalanan ke Jerantut..Aku hentam tido jer..Ngantuk..Pasal semalam aku tido 2 jam jer..Kami tida di Dewan Majlis Daerah Jerantut pukul 9.30 pagi..Hati aku mula laa terasa debarannya..Maklum laa..Lepas nie aku kena tinggal dengan orang yang tak pernah aku kenal..Selepas majlis perasmian..Kami diserahkan kepada keluarga angkat seorang demi seorang...Aku dapat keluarga angkat Encik Ismail. Lepas lunch aku balik ke rumah Encik Ismail bin Isa di Kampung Pulau Mansok di Mukim Teh, Jerantut...Keluarga angkat aku nie baik..Encik Ismail yang aku panggil Papa bekas pesara Pos Malaysia..Puan Jamaliah binti Din yang aku panggil Mama pun baik orangnya..Mereka ada 4 orang anak..Nasaruddin, Nasir, Nasarul dan Siti Nasirah.. Best aku kat sini..Papa ada kebun sawit..Kolam ikan keli..Ada durian..Kira best laa..Aku kira beruntung juga laa..Lagipun aku dapat bilik sendiri..Siap ada aircond lagi..Tapi aku sebolehnya nak keluarga yang susah...Nak yang takde air, elektrik..Dan takder bilik..Baru aku dapat merasakan satu pengalaman yang baru....Emm..Tapi takpe laa..Dah aku bernasib baik...Orang kata rezeki jangan ditolak..Maut jangan dicari...Hehehehehe...

21 Julai 2008

Pagi nie aku bangun awal jugak laa..Lepas tu Papa Angkat ajak aku gi breakfirst kat Bandar Jerantut..Emm..Best gak..Makan nasi putih lauk ayam masak merah..Nasik tu panas2..Pergh...Terangkat selera aku...Lepas tu papa bawak aku jalan2 kat sekitar bandar Jerantut nie..Emmm..Papa aku nie memang baik sangat..Kenkadang naik segan juga aku dibuatnya...Lepas tu papa bawak aku gi kat Ladang Kelapa Sawit..Kat ladang tu papa ada laa bela lembu kira2 15 ekor...Lepas tu papa bawak aku kat rumah rehat dia..Rumah tu tak jauh dari Ladang Sawit dia..Kat rumah rehat dia tu ada 3 kolam ikan keli..Ikan keli tu besar2..Emm...Goreng Pun Sodap...Akekekeke...Lepas tu aku balik kat umah..Emm..Tengahari mama ajak makan nasik lauk gulai tempoyak patin..Perghh..Best sgt...Aku bimbang laa..Asyik makan sedap jer..Kang tak pasal2 badan aku naik pulak..Emm..Lepas lunch aku tgk kertas kerja yang bakal aku buat..Sajer carik idea nak buat kerjas kajian aku nie..Kalau boleh aku nak buat awal2..Nanti takder laa kelam kabut sangat..Kalau siap lagi cepat lagi bagus...

22 Julai 2008

Pagi nie aku bangun lewat skit..Lepas mandi aku pergi ke bandar Jerantut..Biasa laa..Papa angkat aku suka breakfirst kat luar..So aku sebagai anak angkat mithali..ikut ajer laaa...Hehehehe..Lepas makan John ada datang jumper aku kat kedai..Dia baru balik hantar Atuk Angkat dia ke klinik...Lepas tu aku balik umah...Daripada takder buat aper..Aku sambung buat kajian kes aku..Iskk..Penat jugak buat kajian kes nie...Bukan penat macam angkat berat tetapi otak aku yang jadi berat sbb kena banyak berfikir...Sebelah petang john datang lagi umah papa angkat aku dengan hailwa..Lepas tu kiterorang gi kat Jerantut Feri..Tgk member2 lain meting n bincang pasal program yang nak dibuat..Malam aku sambung buat kajian lagi..Tapi malam nie aku kena tido awal..Maklum laa..Esok kena gi Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut untuk presentation aku punyer proposal program yang aku nak buat tu...Aku nak buat program Kaunter Aduan Bergerak...Hehehehe...Nie memang laa aku punyer expertise...Kalau aku tak guna pengalaman aku nak tolong orang skang nie..nanti biler lagi...lagipun aku tak lama kat Jerantut nie...

23 Julai 2008

Pagi nie aku bangun awal..Maklum laa..Ari nie ari perjumpaan dan sesi taklimat kepada peserta penempatan kampung nie..Papa angkat aku tolong hantar aku ke Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut..Tapi..Cheh..Rupanya dah pindah lokasi perjumpaan..So aku bergegas pulak laa ke Dewan Majlis Daerah Jerantut..Nasib baik laa papa angkat aku ada..Lepas jumper geng2 tu tau je laa budak2 PTD nie..macam2 citer ada..Ada yang best dan ada yang tak best...Kat dewan nie ada taklimat daripada pejabat daerah..Biasa laa..Taklimat berkaitan daerah jerantut..Lepas tu aku buat presentation untuk projek yang aku kena buat...Program asal aku tu kena cancel..Sbb aku join program motivasi kat budak2 tingkatan 6..Aku join ngan lina n nithia..John n hailwa pun join skali gak..Abih presentation aku gi umah ayah angkat lina dengan john..Ayah angkat dia India..Tapi baik giler..Dia paksa aku makan durian..Dah laa durian dia tu besar2..Perghh..Sampai nak pecah perut aku..Lepas tu makan rambutan..Minum air kelapa..Perghh..buncit laa perut aku camnie..Hilang laa 6 pax aku..huhuhuhu...Malam lak aku kena mandi kat kebun papa..Kat situ ada umah rehat Papa angkat aku..Kira ala2 resort laa...Hehehe..Air kat sini masih takde lagi..Suwey betul..Nie dah masuk ari ketiga takder air...Tapi nasib baik laa aku nie bukan jenis mandi 2-3 kali sehari..Skali pun kira dah cukup apa...Lepas dinner aku sambung buat paper kajian aku tu laa..Penat betul kena perah otak nie..Tapi nie laa cabaran sebagai seorang PTD...

24 Julai 2008

Pagi nie aku bangun awal gak skit..Lepas tu Papa angkat aku ajak gi makan roti canai kat jalan nak pergi ke Taman Negara..Tapi takder laa sampai kat sana..Hehehe..Best gak makan roti canai tu...Kira roti canai kampung..Kena lak kuah tu ada lemak..Perghh..Best sungguh..Lepas breakfirst aku balik terus ke umah..Pasal aku ada banyak kejer..Banyak kejer yang perlu aku siapkan..Ari nie sehari suntuk aku buat kertas kajian aku tuh..Arghh..Penat betul aku rasa...Sampai malam baru 21 helai aku berjaya siapkan..Aku harap sebelum abih penempatan kampung nie aku dah siapkan kertas kajian aku tu..Lepas tu boleh laa rilek skit..

25 Julai 2008

Pagi macam biasa laa..Papa angkat aku ajak breakfirst kat luar..Tengahari Rosmawati, Baya, Razami, John n Hailwa datang umah keluarga angkat aku...Lepas tu biasa laa..Papa n mama angkat aku ajak semua orang makan tengahari..Emm..Papa n mama angkat aku nie memang baik sangat...Sebelah malam papa bawak aku ke Kampung Damak..Ada sedara dia kawin..Ari nie aku tak sempat buat kajian aku..Banyak sangat aktiviti dari pagi sampai malam..
26 Julai 2008

Pagi nie aku ada perjumpaan dengan Lina, Nithia n John..Kiterorang bincang kat KFC Jerantut untuk program hari selasa nie kat Sekolah Padang Saujana..Aku wat program ”Halatuju Selepas STPM”...Kat KFC ada pulak Wifi..So sempat laa aku bayar bil-bil tertunggak aku..Huhuhu..Macam biasa laa..Lepas bayar semua bil..Tinggal laa baki cukup2 makan...Kat bandar Jerantut nie ramai gak laa aku jumper ngan member2..Diorang datang nak lepas rindu makan KFC kot..Heheheh..Maklum laa..Kat umah keluarga angkat mana laa dapat makan KFC..Kat sini kena paksa makan..Makan nasik..makan durian..Sampai perut aku macam nak boroi balik dahh...Hehehehe..Best tinggal ngan keluarga angkat nie..Semua diorang jaga..Kira perut aku takder ruang laa nak kenal dengan perkataan LAPAR..Lepas tu aku pegi umah orang kawin semalam..Untuk makan tengahari..Lepas balik..aku dah penat..So aku layan tido je laa..Petang aku masak Bistik Telur..Keluarga angkat aku cakap best...Hehehehe..Biasa laa..Aku memang suka masak..Nie kira bakat terpendam laa..Lepas masak je Arip datang umah aku..Reseki Arip laa dapat makan Bistik Telur yang aku masak tu..Dia datang nak pinjam RM200..Kad ATM dia patah..Nasib laa aku ada duit lebih...Malam aku lepak kat umah jer..Aku nak cari mood untuk sambung buat kajian kes aku...

27 Julai 2008

Pagi nie papa bawak aku makan roti canai kat Bandar Lama Jerantut..Best gak roti telur double...Kenyang sampai tengahari..Petang aku sibuk buat kajian kes aku nie..Kalau boleh aku nak siapkan sebelum abih program penempatan kampung nie..Nanti balik Kiara boleh laa aku rehat2 skit..Malam lak aku ke masjid sambil dengan ceramah agama Isra’ dan Mikraj..Best gak Ustaz yang bagi ceramah tu...Lepas tu adik angkat aku, nasir ajak kuar minum kat Corner Jerantut..Kat sana aku jumper Tok Empat n geng..Lama gak laa aku sembang2 ngan diorang...

28 Julai 2008

Pagi nie papa angkat ajak aku ke Pejabat Daerah Jerantut..Dia nak bayar rumah sewa..Kat sana ramai laa aku jumper kawan2 nak sibuk bagi questionaire..Nasib baik semua tu aku buat dari awal2 lagi...Kalau tak..Kelam kabut gak jawabnya...Lepas tu aku ada perjumpaan ngan Lina, Nithia n John..Sibuk gak laa...Kami kumpul semua bahan untuk program Halatuju Selepas STPM..Kami pergi print sijil penghargaan, beli kertas, gi photostat hand out dan macam2 lagi laa..Penat gak laa aku rasa..Petang baru ak balik umah..Sebelah malam papa n mama ajak aku gi perjumpaan dengan Dato’ Mukhriz Mahathir..Dia ada lawatan kat daerah Jerantut nie..Tapi aku Cuma tgk dia dari jauh je laa...Aku yang tengah kursus nie mana laa boleh join politik..Kang kena STS kang...

29 Julai 2008

Pagi nie aku kena bangun awal..Ari nie ada Program Halatuju Selepas STPM kat Sekolah Menengah Padang Saujana..Aku jadi penceramah yang ketiga..Aku bagi ceramah pasal Curriculam Vitae dan peluang kerja di agensi kerajaan..Aku rasa program yang kami buat nie tercapai laa objektif dan matlamat...Tak sia2 dengan persiapan yang kiterorang buat selama nie..Walaupun penat tapi berbaloi laa...Ari nie badan aku rasa macam tak berapa sihat..Gusi aku bengkak...Badan aku rasa lemah..Macam nak demam..Tapi tak demam..Entahlahh..May be pasal aku tido lewat kot semalam..Tapi dalam tak sihat nie la jugak aku dah hampir siap buat analisis kajiselidik aku...Cuma tinggal skit jer lagi...Aku harap..Sebelum hari terakhir penempatan kampung..Kajiselidik aku dah beres..Cuma aku kena lebih bersemangat dan lebih kuat..Yeahhhhh.....AKU BOLEH!!!!

30 Julai 2008

Pagi nie mama angkat aku masak mee kari..Best..Dah lama aku tak makan mee kari..Ari nie aku tak ke mana-mana..Maklum laa..Aku agak sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan.Tambahan pulak badan aku rasa macam suam2 kuku je..Nak kata demam tak juga..Nak kata tak demam tak juga...Tatau laa aku...Ahirnya..Tugasan aku disiapkan tepat jam 1.35 tengahari..Arrghhh..Leganya rasa...Ada laa lebih kurang 50 pages..Tu tak termasuk bab2 tambahan..Emm..Bestnya aku rasakan...Malam lak papa ajak aku kuar minum kat bandar Jerantut..Skang nie aku senang hati sangat..Dah takde menda lagi yang perlu aku serabutkan...Lepas nie boleh laa aku rilek skit dan bantu kawan-kawan yang lain...Hehehehe...

31 Julai 2008

Ari nie aku takder aper nak buat..Pagi papa angkat ajak aku ke Bandar Jerantut untuk makan pagi..Aku makan roti canai jer..Lepas tu balik umah aku buat touch up skit aku punyer kertas kajian...Ptg mama angkat aku tak masak..So aku dan papa angkat gi makan kat luar jer..Balik umah aku layan tido jer..Maklum laa..Semalam aku tido lewat..Sebelah petang aku n budak2 kampung kat sini pasang khemah untuk BBQ mlm esok..Semua papa angkat sponsor..Keluarga angkat aku memang sangat baik pada aku..Aku rasa bertuah dapat merasai kasih sayang sebegini...Aku rasa bersyukur dapat merasai kasih sayang sebegini walaupun sekadar waktu sahaja..Aku mula rasa sedih untuk meninggalkan keluarga angkat aku nie..Hanya tinggal esok ajer lagi sebelum aku kena balik ke INTAN Kiara..Aku takkan lupa kat keluarga angkat aku nie..Nanti aku akan datang kembali ke sini..Nie janji aku pada diri aku sendiri..Yang aku bimbang adalah masa perpisahan nanti..Aku takut aku tak dapat menghalang airmata aku nie..Sbb soal sebegini aku memang sensitif...Lagipun aku ngan papa angkat aku sangat close..Kalau laa ayah aku macam papa angkat aku..Mesti aku menjadi orang yang sangat gembira dalam dunia nie..Kenapa laa aku tak dibesarkan seperti dalam keluarga angkat aku nie..Tapi takpe laa..Mungkin dah takdir nasib hidup aku..Aku cuma dapat menumpang kasih orang lain jer..

1 Ogos 2008

Ari nie pagi aku breakfirst kat luar ngan papa angkat aku..Lepas tu gi ke pasar untuk beli barang untuk BBQ malam nie.Banyak gak laa papa angkat aku beli ayam..20 ekor lebih laa..Sebelah petang aku tak buat aper..Cuma wat aper yang patut untuk BBQ malam nie..Lepas maghrib aku start nyalakan api laa..Lepas isyak ramai orang datang..Ada la lebih 200 orang kot..Ramai giler..Sampai tak terlayan aku dibuatnya..Byk laa makanan yang kami masak..Ayam ada..Ikan ada..Sosej pun ada...Meriah sangat BBQ nie...Esok ari terakhir aku kat sini..Tetiba aku rasa sedih dan sayu...

2 Ogos 2008

Pagi nie aku bangun awal..Lepas tu aku kemaskan semua barang2 aku...Lepas tu aku salam ngan tok angkat..adik2 angkat n mama angkat aku..Sedih giler aku masa nie..Sampai airmata aku terkeluar..Keluarga angkat aku nie sangat baik..Aku janji aku akan datang ke sini lagi bersama orang yang aku sayangi...Lepas tu papa antar aku kat Dewan Majlis Daerah Jerantut..Lepas majlis penyerahan anak angkat..ada skit jamuan makan...Lepas tu tiba laa masa untuk aku berpisah ngan papa angkat aku nie..Aku peluk papa angkat aku..Tetiba airmata aku mengalir laju..Aku tak dapat menahan kesedihan aku..Maklum laa..Selama ini aku tak pernah merasa kasih sayang seorang lelaki yang bergelar ayah...Aku salam n cium tangan papa angkat aku...Lepas tu ada skit taklimat. Selesai taklimat kami bertolak ke Hotel Green Park, Temerloh untuk sesi pembentangan kumpulan esok...Sebelah malam ada BBQ lagi..Seronok gak biler lama tak jumper kawan2 nie...Banyak laa citer masing2 tentang keluarga angkat...

3 Ogos 2008

Pagi nie kami ada pembentangan hasil kajian semasa penempatan kampung..Nasib baik laa aku dah buat persediaan awal..Takder laa kelam kabut sangat...Pukul 2.30 kami bertolak balik ke INTAN Kiara..Pukul 4.30 kami sampai laa kat Kiara..Petang aku kuar gi Alamanda..Malam aku tido kat Persint 11, Putrajaya...

4 Ogos 2008

Ari nie jadi macam biasa balik laa..Kena pakai lounge suite..Emm..Dah lama tak pakai baju koat aku nie..Hehehe..Kenkadang tu rindu plak biler tak pakai lounge suite nie..So ari nie aku melaram laa pakai baju rasmi DPA nie...Ari nie aku buat touch up kajian aku laa..Malam aku kuar makan kat cheras..Makan western laaa..

5 Ogos 2008

Ari nie aku dah siap sepenuhnya kajian aku..Lega..So aku buleh laa rest skit...Member2 lain masih sibuk wat kajian mereka..Takpe..Boleh laa aku bantu apa yang patut...Sebelah petang aku ke Persidangan Perkhidmatan Awam (PPA)..Dengar pasal pembentangan kertas kerja berkaitan ”Taking Charge”..Petang nie macam biasa..Ada gak sukan UDPA..Ingatkan boleh rilek..Malam lak aku kuar makan jer area Kampung Baru..Lepas tu aku lepak lak kat Hartamas...Sajer minum2..

6 Ogos 2008

Pagi nie ada Ujian Engish Language Proficiency Assesment (ELPA)..Emm..Soalan exam nie boleh tahan gak laa..Kira boleh laa buat gak walaupun kenkadang aku menjeling orang kat sebelah...Biasa laa..Nak hidup katakan..Malam aku kuar gi Bangi...Tapi lawak giler..Dari Kiara ke Bangi..Dalam 2 jam aku drive..Kalau orang lain 40 minit dah sampai..Nie aku pegi sampai maner2 entah...Siap sesat lagi..Ingat nak makan awal..Alih2 kul 10 lebih baru dapat makan..Lepas tu aku tido kat Persint 11 Putrajaya...

7 Ogos 2008

Pagi nie aku bertolak awal ke Kiara..Aku bertolak kul 5.30 pagi..Sbb ada sukan UDPA..Abih sukan aku macam biasa laa..Balik kat KBS..Lepas bersiap2 aku pegi balik ke DSG..Tapi dalam kul 9.00 pagi..Mata aku ngantuk giler..Lepas tu aku balik laa ke KBS kejab..Sajer layan tido..Tengahari aku gi makan ngan Ayu n Ain kat Bangsar..Ayu belanja makan kari kepala ikan..Emm..Abih laa RM40..Kepala ikan tu besar giler..Sampai nak pecah perut aku...Ptg lepas ada taklimat Tuan Saadon aku kuar ngan ayu n john gi Hartamas...Kuar makan2...Lepas tu kena balik ke INTAN Kiara..Biasa laa ari khamis cenggini..Ada kelas kerohanian..Nasib baik laa abih awal..Boleh laa aku cover tido yang tak penah cukup nie..Maklum laa..Biler balik ke Kiara..Banyak laa menda yang aku kena buat..Nasib baik laa stamina aku masih orite lagi...

8 Ogos 2008

Ari nie pagi aku ada sesi interview Ujian ELPA..Aku ke patner ngan Muslimun..Ok jer..Dok laa susah sgt...Aku harap2 boleh lepas laa ujian nie...Petang lak aku kena panggil ngan Tuan Saadon..Emm..Susah laa nak cakap...Kenkadang tu tensen gak ngan mulut orang yang slalu wat citer karut marut nie...Nasib baik laa aku tak kenal ngan budak2 tu..Kalau tak sia2 jer kena sound ngan aku...Aku tak laa nak salahkan pihak UDPA nie..Mereka hanya menjalankan tugas jer...Itu laa...Niat yang baik nie kenkadang orang lain menyalah ertikan...Naper laa ada manusia yang dok suka tgk orang lain senang..??? Takper laa..Nie mungkin hari aku..Maner tau esok2 ari mereka dan keluarga mereka lakk...Hehehehe..Petang ada reahersal perasmian minggu sintesis lakk...Abih jer reahersal tu aku ngan john n ayu kuar makan kat Uptown..Makan kari kepala ikan..Best giler...

9 Ogos 2008

Pagi nie sambung lagi reasersal semalam..Tensen betul..Tapi aku kena laa sabar dan bertahan...Abih jer reahersal aku kuar makan kat KL..Sajer nak ilangkan tensen...Padahal aku tak tensen pun..Sajer buat2 tensen..Heheheheh...Lepas tu aku lepak kat Starbuck..Sambil rilek2...Minum2..Lepas tu aku gi kat Jalan TAR jab untuk dinner.Pastu aku gi Putrajaya..Persint 11...Tido kat sana..

10 Ogos 2008

Aku bangun awal gak ari nie..Walaupun ari cuti tapi aku kena gi kat KDN untuk print out assingment aku..Aku kena settle semua ari nie..Aku tak nak buat kejer last minute..Bahaya n nanti aku panik..Aku sampai kat KDN kul 12 tghari..Aku wat skit adjustment..Tup tup..Pukul 5 baru siap semua..Perghhhh..Penatnya..Aku gi Alamanda untuk gi binding assingment aku..Tapi hampeh betul..Takder satu pun kedai kat Alamanda yang ada tempat binding nie..Tensen seiii...Lepas makan aku terus pusing2 kat area bangi..Tapi hampeh gak..Kedai semua tutup..At last aku gi cyberjaya..Nasib aku kali nie agak baik..Yeahhh..Akhirnya..Aku berjaya membinding assingment aku..Yeahh...Maknanya..Aku dah berjaya menyiapkan assingment aku tu ngan jayanya..Aku memang puashati sangat2..

11 Ogos 2008

Ari nie ari pertama untuk minggu sintesis nie..Sebelah pagi ada upacara perasmian minggu sintesis..Tapi aku ngantuk giler..Dalam kul 11 ada lak refleksi bagi penempatan kampung sebelum nie..Macam2 laa dengar pengalaman orang lain..Elehh..Aku pun ada citer aku sendiri..Tapi Cuma aku tak berpeluang untuk dipanggil ke pentas..Takpe laa..May be citer orang lain lagi best kot..Hehehehehe..Lepas tu kena gi DSG..Tapi takder buat aper pun..Aku apa lagi..Aku balik laa ke KBS..Layan tido jab..Baik laa aku tido dari buat menda2 yang tak berfaedah...Boleh aku rehatkan badan aku yang tengah lemah lesu nie..Malam lak ada Forum Perdana..Start dari ari nie aku punyer jadual memang pack..Semua penuh ngan xtvt jer..Aku kena tingkatkan semua jurus dan aura aku..Maklum laa..Minggu sintesis memerlukan tenaga dan semangat yang kuat..Emm..Skang nie ada lagi 11 hari untuk aku mengharungi DPA yang mencabar nie..Aku kena banyak2 bersabar..Aku cuma kena banyak bagi tumpuan kat semua xtvt DPA nie...Maklum laa..Kalau wat salah time cenggini..Nanti tak pasal2 kena STS..Iskk..Tak nak aku dapat STS...Aku kena slalu beringat yang minggu sintesis nie laa time yang banyak kuar STS..Aku tak nak STS..Aku tak nak..Aku kena cabar diri aku untuk jaga disiplin aku..Tapi saat genting camnie aku Cuma perlukan semangat yang lebih kuat..Yeahh..Aku BOLEH..Aku mesti BOLEH....

12 Ogos 2008

Pagi nie ada Program EQ anjuran Biro Profesional...Dari pagi sampai tengahari..Program tu ok laa..Ada gak laa ilmu yang aku dapat walaupun tak banyak..Kul 2.30 ptg lak ada sukaneka..Aku main galah panjang n tarik tali..Main galah panjang nie mengingatkan aku kembali masa zaman sekolah rendah dulu..Masa zaman sekolah rendah dulu..Ari2 aku main galah panjang sebelum masuk kelas..Bestnya kalau dapat kembali ke zaman sekolah rendah...Yang bab main tarik tali nie paling aku penat..Penat giler..Sampai nak tercabut lengan dan bahu aku..Tapi takpe laa..At least team aku masuk semi final..Tu pun kalah ngan team UDPA yang badan diorang besar2 blaka..Badan sorang2 macam ahli angkat berat...Maner team aku tak kalah...Hehehehe...Lepas tu aku gi makan kat Hartamas Square..Malam lak ada Pertandingan Akhir Debat Perdana..Tapi sebelum tu aku n john terlelap kat dalam kereta..Hehehehe..May be penat sangat kot lepas main sukan rakyat n tarik tali petang tadi kot...Anyway..Ari nie buat aku hepi laaa...

13 Ogos 2008

Pagi nie ada program ceramah pasal kesihatan anjuran Biro Kebajikan..Emm..Dalam masa yang sama ada gak Derma Darah..Tapi aku tak sempat nak bagi darah aku..Aku ingat derma darah tu sampai petang..Rupanya sampai tengahari jer..Tengahari ada Program Makan Bersama Warga Intan..Meriah gak laa...Banyak makanan yang ada..Aku makan satey, keropok, rojak buah, ice kacang..emm..banyak gak laa aku makan..Sampai kenyang giler..Tapi yang tensen ari nie pagi2 lagi aku n exco n tok/mak sidang kena sound ngan En.Ezri n Tuan Saadon...Semua kena marah pasal tak jalankan peranan masing2 dengan baik..Emm..Nak baik camner lagi..???aku pun tak pasti apa yang UDPA nak sebenarnya..Kenkadang tu tensen gak aku..Tapi nak buat camner..Kang kalau menjawab kang..Lain lak jadinya..So terpaksa laa aku pendamkan ajer..Bukan kiterorang tak mainkan peranan masing2..Tapi..Nak jaga budak besar yang bergelar PTD nie susah..Bagi aku skang nie masing2 dah tunjuk belang dan ada sesetengah nak tunjuk besar kepala..Tak kan laa nak main tengking2 lagi macam budak2 sekolah..Bagi aku, biler kiter dah jalankan tanggungjawab kiter..Tapi orang tetap tanak dengar @ degil..Apa lagi yang boleh dibuat???Jaga budak besar nie sebenarnya lebih susah dari jaga budak sekolah..Pasal masing2 dah pandai blaker..So kiterorang amik keputusan..Saper2 yang degil tu..Pihak UDPA bagi laa STS atau demerit..Itu jer yang boleh dibuat setakat ini..Kalau stakat nak membebel tu..Telinga semua orang dah lali..Termasuk laa telinga aku kot...Hehehehe..Malam lak ada Talk anjuran Biro Profesional..Tapi hehehehe..Boring gak...Cuma aku tak tido jer...Boring pun at least ada gak laa ilmu yang aku dapat walaupun sikit...

14 Ogos 2008

Pagi nie ada gak senaman pagi..Huishh..Letihnya..Lepas tu macam biasa aku terkejar2 gi ke INTAN Kiara..Biasa laa..DPA nie memang buat kiter selalu terkejar2..Masa memang tak penah cukup..Cuma pandai2 laa ekjas masa dan tahap kelajuan tu...Hehehehe...Sebelah pagi nie ada Program Mini Persidangan DPA..Dari pagi sampai petang...Best laa jugak..Emm..Aku pun terlibat gak untuk bagi pendapat...Bukan apa..Aku rasa PTD n DPA nie masih releven dan perlu diteruskan..Baru laa lahir PTD yang cream of the cream..Tapi ari nie kira sejarah laa..STS dikeluarkan memang banyak giler..Ada laa dekat2 100 STS..Huishh...Nasib aku tak dapat..Cuak gak aku..Tapi aku rasa setakat nie aku takder laa buat salah lagi...Tapi tatau laa kalau ada kesalahan yang aku buat tu tanpa aku sedari...Cuma aku janji pada diri sendiri yang aku takkan lakukan kesalahan dan dapat STS..Aku janji buat yang terbaik untuk diri aku...Malam lak ada Pertandingan Nasyid anjuran Biro Kerohanian..Emm..Boleh laa...Yang bestnya pengadil tu dari kumpulan nasyid glamer Far East...

15 Ogos 2008

Ari nie dari pagi sampai tengaharai ada program Menghalusi Solat anjuran Biro Kerohanian..Emm..Ada gak laa ilmu yang aku dapat untuk bekalan aku..Sebelah petang ada lak tayangan video pasal penyeksaan binatang..Nak termuntah aku tengok..Ada gak budak yang nangis..Lepas tu tayangan tu terpaksa dihentikan atas sebab2 keselamatan kot..Maner laa tau takut ada orang yang stress giler...Huhuhu..Malam ada lak Majlis ”Penghayatan Bulan Kemerdekaan”..Nie anjuran Biro Kebudayaan yang diketuai oleh saper lagi kalau bukan aku..Hehehehe...Aku pun terlibat gak dalam persembahan Koir..Ari nie gak Tuan Saadon umum yang semua lulus dalam Modul2 yang telah aku lalui..Aku rasa gembira sangat..Setakat nie aku lulus semua exam..Kecuali yang belum keluar result Modul Komunkasi Berkesan..Harap2 aku lulus laa semua exam nie..Bukan apa..Aku tak nak laa repeat paper lagi..Cuma ada laa 3-4 orang kawan2 yang terpaksa repeat paper Penyelidikan..Nasib baik aku lepas..Hishh...Cuak gak aku masa penguman tu dibuat..Maner laa tau nasib aku tak baik..Tapi setakat nie nasib baik masih menyebelahi aku...

16 Ogos 2008

Ari nie dari pagi sampai petang ada sukan 5 Penjuru..Tapi aku tak boleh main aper2 pasal lutut aku n kaki aku masih lagi sakit..Rasa kecewa tu memang ada laa..Lagipun bolasepak nie memang aku minat sangat..Takper laa..Dah bukan rezeki aku kot..Aku hanya jadi penonton jer..Takper..At least aku boleh support member lain main..Malam lak ada majlis Malam Sekalung Budi..Program nie kira dinner laa untuk agensi yang terlibat dalam latihan DPA nie seperti Bomba, Polis dan Tentera...Kat majlis nie ada gak laa persembahan live band, karaoke, coral speaking..Best laa jugak...

17 Ogos 2008

Pagi nie ada Open Day...Emm...Sidang aku dapat tempat kedua..Tu pun sebab aku main..Hehehehe..Kalau aku tak main..May be dah dapat nombor 1..hahahaha...Ari nie ada macam2 acara sukaneka..Aku main lari dalam guni dan terompah gergasi..Tapi aku nasib malang...Masa lari dalam guni aku tergolek dog...Cheh..Buat malu jer...Tapi aku jatuh pun dalam keadaan hensem laa...Petang lak aku gi tengok wayang citer Mummy...Tapi takder laa best sangat pun...

18 Ogos 2008

Pagi nie ada ceramah kepenggunaan...Anjuran Biro Kebajikan..Boleh laa dapat skit2 ilmu..Lagipun kenkadang mata aku tertutup...May be sebab aku penat sangat kot..Maklum laa..Semalam aku tido lewat...Banyak kejer..Hehehehe...Lepas tu sebelah petang ada Program Bual Bicara Profesional ”Dunia Digoncang Kerjaya Dijulang”..Masa nie aku jadi Timbalan Pengarah Program..Aku panik skit sebab banyak kejer tak settle sebelum program tu berjalan..Nasib baik apa yang dirancang menjadi..Iskk...Kalau tak mesti haru biru..Nie kira pengajaran berguna laa buat aku...Sebelah malam lak ada Personality Nite..Emm..Abih je program nie aku bergegas balik ke KBS..Lepas pack apa yang patut..Aku kena tido kat Surau INTAN Kiara sbb ada Qiyamulail...Mata aku ngantuk giler..Qiyamulail start jam 4 pagi...Mata aku memang tak boleh bukak langsung..Iskk...Badan aku letih sangat....

19 Ogos 2008

Lepas abih Kiyamulail aku balik ke KBS..Lepas bersiap2..Aku pun kena masuk ke INTAN Kiara semula untuk Raptai Majlis Makan Malam Bersama KSN...Dari pagi sampai malam kena buat latihan Raptai nie jer..Aku rasa penat giler..Kepala aku kenkadang rasa macam weng jer...Ala2 pening3 lalat gitu...Tapi tu laa..Aku kena bersabar...Aku kena kuatkan semangat..Yeahhh.....
20 Ogos 2008

Hari nie macam biasa jugak..Dari pagi sampai ke malam ada latihan dan Raptai Majlis Makan Malam KSN..Ada laa dekat 6 kali buat raptai..Aku masuk untuk persembahan Koir..Letih tu memang sangat meletihkan..Dah laa tido tak cukup..Tapi aku kuatkan semangat..Semangat aku datang biler tengok kawan2 yang lain tak henti2 membuat latihan demi kejayaan Batch 1/2008..aku kagum dengan semangat rakan2 aku nie..Tapi skang nie tetiba aku jadi terlalu emosional..Tetiba aku jadi sedih untuk meninggalkan INTAN, DPA dan kawan2..Sehinggakan biler tengok kawan2 aku..Airmata aku seakan nak mengalir jer..Inilah kehebatan DPA...

21 Ogos 2008

Pagi nie Tuan Rozainor mengamuk..Tapi aku rasa sebenarnya dia nak cabar yang Batch aku nie berjaya memberikan persembahan terbaik..Pukul 11 pagi ada acara Raptai penuh..Lepas tu kami diberi rehat untuk Majlis Malam nie..Biar kami semua bertenaga..Malam Majlis Makan Malam KSN pun bermula..Aku jadi berdebar sangat2..Sebab malam nie la malam terakhir kami..Dan malam nie laa penentu samada Batch kami nie berjaya atau tak..Setelah 3-4 hari bertungkus lumus..Akhirnya..Kami mendapat pujian kerana kejayaan menghasilkan persembahan yang sangat mengagumkan..Aku bangga sangat..Ini adalah kejayaan kami semua..Kejayaan 395 peserta DPA yang Maha Hebat..Aku dapat rasakan kepuasan yang amat sangat..Kepuasan yang tak dapat dinilai dengan harta atau pun wang ringgit..Aku bangga dengan rakan2 yang sangat komited..Aku bangga dengan Batch 1/2008...Kejayaan ini adalah kejayaan semua...Yeahhhhhh......

22 Ogos 2008

Hari nie merupakan hari terakhir aku menjadi peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam 1/2008..Sebelah pagi ada Program Dari Hati ke Hati...Biasa laa..Peserta Kursus DPA diberi peluang untuk meluahkan segala perasaan terpendam terhadap UDPA..Biasa laa..Cuma sebelah petang laa yang sangat tragis..Ramai orang menangis sambil berpelukan sbb tiba lah masa untuk perpisahan setelah bersama selama 6 bulan..Kursus DPA secara rasminya tamat jam 6.02 petang...Segala kenangan aku di DPA ini takkan aku lupakan sepanjang hayat aku..Segala memori pahit atau indah tetap bersemadi jauh di dalam hati aku nie...











2 comments:

Unknown said...

Thanks for sharing. I cried when I read this mainly because I know how hard it is to be separated from ur family for months. Not to mention that I am the mother. Btw, I have been called for an interview (ptd) scheduled at the end of this month. Please wish me luck. Ur blog helped a lot. Thanks!

Unknown said...

Thanks for sharing. I cried when I read this mainly because I know how hard it is to be separated from ur family for months. Not to mention that I am the mother. Btw, I have been called for an interview (ptd) scheduled at the end of this month. Please wish me luck. Ur blog helped a lot. Thanks!