Pada 5.6.2007 jam 3.20 petang...Isma Masrie ada hantar SMS kat aku...Dalam SMS nya berbunyi "Alhamdullillah,br lepas temuduga PTN.semua ok.tp double suprise dpt surat temuduga ptd 26 jun ini" ......Ahhh...Aku pun terkejut dan terus call Isma...Isma cakap yang dia tak pergi pun exam, PAC lepas terkandas macam aku pada tahun 2003...Aik..Hairan giler aku..So..Isma suruh aku call SPA..Tanya laa kot2 nama aku ada gak skali...Aku dengan hati yang berdebar2 call SPA...Aku bagi No.IC...Dan aku dimaklumkan yang nama aku ada...Aku akan ditemuduga pada 21.6.2007 di Jalan Cenderasari...Hati aku pada masa tu tak usah nak cakap laa...Aku gembira,bersyukur dan sangat terharu...Dan aku tertanya2 lagi..Apakah doakan semenjak 3 tahun lepas dimakbulkan atau kata2 bonda aku akan menjadi kenyataan...
Walhal..Perkara ini sangat mustahil...Amat mustahil bagi aku...Mungkin ini adalah nasib dan takdir aku...Dan bagi aku..Susah untuk aku terima berita ini...Aku seperti tidak percaya...Perkara yang mustahil..MUSTAHIL...Tetapi kenapa semua ini berlaku tanpa aku sedari...
Dan aku dimaklumkan, pada satu mesyuarat yang aku tak tau biler diadakan, saper yang mempengerusikannya ataupun saper yang menghadirinya...Cuma yang aku tahu adalah keputusannya...Pegawai Tadbir N41 Kontrak yang pernah lulus exam PTD, Lulus PAC akan diberi peluang menghadiri temuduga tanpa menduduki exam PTD lagi....Dan aku lah salah seorang daripada calon tesebut... Aku bersyukur dan aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang yang terlibat dalam mesyuarat tersebut yang sehingga sekarang aku tidak ketahui......Hanya tuhan yang akan membalas jasa kalian semua...Dan aku berjanji..sekiranya aku diterima menjadi PTD...aku akan kejer sungguh2..Aku akan bantu orang susah...Aku akan kejer demi agama, bangsa dan negara...
Seminggu sebelum temuduga..Aku ke Kuala Lumpur...Aku duduk di Hotel Lotus dengan perbelanjaan sendiri..Kira nie pergorbanan aku la nie...Aku sengaja pergi awal..Untuk membuat persediaan apa yang patut..Aku buat nota, aku baca paper, aku baca buku kenegaraan, baca pasal pekeliling, Perintah Am dan baca segala2nya..Untuk tambahkan ilmu pentehuan laa katakan...Kali nie aku berazam untuk perform betul2...Takkan ada lagi butterfly in my stomach....
Sebelum temuduga nie..Boss aku, En.Md.Din ada menasihatkan aku disamping memberikan surat sokongan, begitu juga dgn En.Isbah Idrus (TKP1) juga memberikan surat sokongan..Ex KP aku juga Dato' Khalid Ibrahim juga banyak memberi nasihat dan tips2...Julia Jaladdin pun banyak membantu aku dengan memberikan tips2 dan motivasi aku ikuti...Rakan2 yang dah jadi PTD pun ramai yang memberikan aku sokongan...Nik Zahiruddin, Jasmaliza, Saravanan, Hj.Najimuddin dan ramai lagi...Isteri dan anak aku pun memberi semangat kepada aku untuk kuatkan semangat...Dan aku hanya tawakal...Yang penting aku dah berusaha...Aku yakin..Usaha merupakan jalan awal untuk berjaya....
No comments:
Post a Comment