3rd day kejer kat BPA nie..Aku dah kena pegi meting kat Kemaman..Masa tu aku ala-ala BLUR lagi...Tapi aku masuk je meting tu..Aku kena belajar dari bawah...Aku cuma diam je masa meting tu...Tak tau nak cakap aper..Time makan..Aku apa lagi..Aku bedal laa..Akekekek...
Lepas tu..seminggu aku kejer kat BPA nie..Aku ada meting lagii...Kali nie aku gi Langkawi..Yeah...Dapat naik kapal terbang...Duk kat Hotel...Emm...Tak penah aku impikan semua nie...Emm...Pengalaman yang menarik dan seronok...
Seronok sebenarnya kejer kat BPA nie..Dapat dengar masalah orang..Dapat selesaikan masalah orang..Dapat Tolong orang...Kira aku wat kejer2 kebajikan laaa...Cuma pada masa nie..Aku harap..Agar masalah aku nie gak dapat pihak atasan pertimbangkan..Serapkan aku ke jawatan tetap..Jawatan PTD..Aku sedar..Walaupun itu hanya angan2..Tapi..Mana laa tau..Rezeki dan takdir telah ditentukanNYA...Amin...
Aku kejer kat BPA nie..Banyak pengalaman aku dapat..Pegi meting, buat program..cara nak entertaint orang..Cara kendalikan masalah..Cara berhubung dengan staff..Dan banyak laa lagi..Semua tu tak diajar semasa aku di University..ataupun dari mana2..Pengalaman nie hanya akan datang sendiri..Baru aku sedar bahawa pengalaman kejer nie penting sebenarnya..Bukan sekadar sijil@diploma @ijazah...Aku kat BPA banyak dapat tunjuk ajar daripada Boss aku..En.Md.Din dan juga lain2 staff seperti Hj.Najimuddin, Encik Mat, Kak Da, Kak Sobah, Din, Pok Ya...Emm..Sebenarnya..Kalau kiter kejer kat maner2 tempat sekalipun..Kiter tak boleh wat sombong..Aper yang penting kiter mesti dapatkan segala ilmu walaupun daripada staff bawahan kiter...Terima kasih kepada semua staff yang banyak memberikan aku sokongan dan tunjuk ajar....
Alhamdullillah..Setelah aku kejer bermula dari 17.5.2004 sehingga 17.5.2006...Mungkin sebab pretasi aku OK..aku disambung lagi kontrak lagi setahun...sehingga 17.5.2007...Aku pun macam biasa..Kejer macam biasa aku buat...Jaga perangai, jaga disiplin,jaga etika dan jaga laa semua apa yang patut...Dan semakin hari semakin banyak yang aku belajar...Makin banyak pengalaman aku dapat...Komitmen kejer aku bagi macam biasa...100%..Cuma aku berdoa laa agar tahun-tahun yang mendatang kontrak aku dapat disambung lagi...
Alhamdullillah..Sekali lagi kontrak aku disambung..Mungkin kerana pretasi aku yang semakin meningkat kot..Ataupun dah jadi rezeki aku...Kontrak aku dapat disambung sehingga 17.5.2008..Tapi..Aku sangat hampa..Sbb nie merupakan tarikh akhir aku bekerja ngan kerajaan..Kerana kontrak aku dah maksimum..Apa yang aku tahu dan dengar..Pihak JPA takkan sambung lagi kontrak selepas 4 tahun...Walaupun sedih..Tetapi aku tetap jalankan tanggungjawab aku sebagai Pegawai Tadbir N41 Kontrak dengan baik...Walaupun aku sedar bahawa kontrak aku akan ditamatkan...Aku cuma skang nie boleh berdoa agar rezeki aku dipanjangkan...Supaya masa depan isteri dan anak aku Khaleesa Maisara terjamin..Oh tuhan..Limpahkanlah Hamba Mu ini dengan rezeki Mu...Aku tak tahu apa akan jadi dengan nasib aku kalau kontrak aku tamat nanti...Apa aku nak jadi nanti..Nak kembali jual keropok???Atau nak kembali jual ROKOK kat tepi jalan??Atau kejer dengan ayah mertua aku jual ayam kat pasar...Atau aku kejer jadi penggangur terhormat...Argghhh..Aku takut sangat untuk menghadapi situasi ini...Tapi biler aku pikir2 balik..Semua rezeki tu datang nya dari Allah semata...Emm..Setakat nie takder lagi orang malaysia mati sbb tak makan kan???Ulat dalam batu pun boleh hidup...So...Aku lepas tu..takder laa aku takut sangat..Cuma aku bimbang ajer...Bimbang menghadapi zaman gelap dan zaman kejatuhan aku...Tapi takper..Aku berazam dan nekad..Kalau aku jatuh macamana sekalipun..Aku tetap akan bangun dan takkan pandang ke belakang lagi...Yeahhhh...Selamat Maju Jaya untuk aku...Malaysia Boleh...AKU BOLEH....
1 comment:
Salam, talking about kerja Kontrak di dalam Perkhidmatan Awam, ada tak u dengar selepas tamat KONTRAK, terus di berhentikan khidmat nya?
Saya risau, kalau saya memilih kije kontrak sebab skang saya dalam khidmat tetap. Tgu HR proses sah jawatan je.. api, gred J 29. TQ~
Post a Comment